The Step - Every Story Moves You

Semua sekolah di Johor ditutup dua hari susulan jerebu

Penutupan pada 8 dan 9 Oktober itu turut membabitkan penangguhan sebarang pentaksiran, termasuk Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4)

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan7 Oktober 2026 pada 10:16 PTG1 min bacaanDikemas kini 7 Oktober 2026 pada 10:30 PTG
Jerebu menyelubungi kawasan bandar di Kuala Lumpur

Jerebu menyelubungi kawasan bandar di Kuala Lumpur

Semua 1,198 sekolah di seluruh Johor akan ditutup selama dua hari bermula esok berikutan keadaan jerebu dan kemerosotan kualiti udara di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali berkata, keputusan itu dibuat atas titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sebagai langkah berjaga-jaga bagi melindungi kesihatan dan keselamatan 617,258 pelajar.

penutupan pada 8 dan 9 Oktober itu turut membabitkan penangguhan sebarang pentaksiran, termasuk Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4), yang akan dijadualkan semula oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).
penutupan pada 8 dan 9 Oktober itu turut membabitkan penangguhan sebarang pentaksiran, termasuk Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4), yang akan dijadualkan semula oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).
penutupan pada 8 dan 9 Oktober itu turut membabitkan penangguhan sebarang pentaksiran, termasuk Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4), yang akan dijadualkan semula oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).

Menurutnya, penutupan pada 8 dan 9 Oktober itu turut membabitkan penangguhan sebarang pentaksiran, termasuk Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4), yang akan dijadualkan semula oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).

"Sepanjang tempoh penutupan, PdPR akan dilaksanakan bagi memastikan proses pembelajaran dapat diteruskan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri memahami keadaan itu mungkin memberi kesan kepada ibu bapa yang perlu bekerja dan berharap majikan dapat memberikan fleksibiliti sewajarnya.

Kerajaan negeri bersama agensi berkaitan juga akan terus memantau perkembangan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com