‘Sangat memalukan!’ – Iesya Toh suarakan kekecewaan netizen terhadap pengalaman F1 di Sepang
"Maaf sekiranya belum bersedia, jangan buat" - Iesya Toh


Iesya Toh (gambar kecil) menerusi media sosialnya meluahkan rasa kecewa susulan pelbagai rungutan orang ramai mengenai pengalaman hari pertama menyaksikan Formula 1 (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Foto: Media Sosial
Selebriti Iesya Toh menerusi media sosialnya meluahkan rasa kecewa susulan pelbagai rungutan orang ramai mengenai pengalaman hari pertama menyaksikan Formula 1 (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Menerusi hantaran tersebut, Iesya turut mempersoalkan pihak yang seharusnya bertanggungjawab terhadap situasi berkenaan yang didakwa menjejaskan pengalaman penonton, selain membangkitkan soal reputasi dan imej negara.
“Sangat memalukan! Maaf sekiranya belum bersedia, jangan buat, sekarang malu sendiri!
“Siapakah yang harus bertanggungjawab atas kegagalan besar ini sehingga menjejaskan reputasi dan imej negara kita?” katanya.
Kenyataan itu dibuat Iesya ketika media sosial dibanjiri luahan tidak puas hati orang ramai atau netizen berhubung kesesakan lalu lintas, barisan panjang untuk mendapatkan bas pengantara serta kesukaran meninggalkan kawasan litar selepas tamat perlumbaan.
Ada pengunjung mendakwa terpaksa menunggu lebih empat jam untuk mendapatkan pengangkutan pulang, termasuk seorang pengguna yang mendakwa meninggalkan SIC pada 5.45 petang tetapi hanya berjaya menaiki bas pada 9 malam.
Dalam masa sama, beberapa pengguna media sosial turut menyifatkan keadaan di sekitar litar sebagai huru-hara, selain mendakwa pengunjung terpaksa bertolak-tolakan dan berlari mengejar bas.
Antara komen yang ditinggalkan netizen termasuk dakwaan jumlah bas yang disediakan tidak mencukupi, selain rungutan mengenai kos parkir dan kesesakan.
“Hahaha jenis tak study dulu main beli tanpa bertanya. Last-last sesak dan menyesal.”
“Salah penganjur. Parking mahal nak mampus.”
“Berapa kerat je bas disediakan... memang tak cukup lah.”
“Saya sudah tahu akan berlaku begini. Duduk rumah tonton dekat Sky Sports.”
Terdahulu, keterujaan orang ramai menyambut kepulangan F1 ke Sepang selepas sekian lama dilihat sedikit terjejas apabila pengalaman hari pertama mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.
Luahan Iesya itu dilihat sebagai antara suara daripada kalangan selebriti yang turut menyampaikan keresahan dan ketidakpuasan hati orang ramai berhubung pengalaman mereka di acara berkenaan.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


