The Step - Every Story Moves You

RM270 juta untuk pemuliharaan alam, penyu belimbing kembali bertelur

Usaha pemuliharaan ini turut menyusuli perkembangan positif apabila penyu belimbing kembali mendarat dan bertelur di pesisir pantai Terengganu selepas kali terakhir direkodkan pada 2017.

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan10 Oktober 2026 pada 08:09 PG2 min bacaanDikemas kini 10 Oktober 2026 pada 08:22 PG
KERAJAAN memperuntukkan RM270 juta menerusi Dana Pindahan Fiskal Ekologi (EFT) bagi menyokong usaha negeri memelihara khazanah alam, di samping menggalakkan kegiatan ekonomi dan ekopelancongan berasaskan komuniti.   Selain itu, sebanyak RM65 juta disediakan bagi menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti negara, termasuk memperkasa kira-kira 2,500 renjer komuniti daripada kalangan Orang Asli, veteran tentera dan pesara polis.   Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan berkenaan turut meliputi pembinaan dan penyelenggaraan pos renjer bagi tujuan rondaan.   Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan MADANI 2027 di Dewan Rakyat, pada Jumaat.    Dalam usaha memulihara ekosistem hutan dan pesisiran pantai, Malaysia berjaya mengekalkan kawasan berhutan hampir 18 juta hektar, bersamaan 54.4 peratus daripada keluasan tanah negara.   Pencapaian itu selaras dengan komitmen Malaysia yang dibuat semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992 untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan tanah negara sebagai kawasan berhutan.   Sehingga 2025, hampir 4,000 hektar kawasan hutan paya laut dan pesisiran pantai turut berjaya dipulihkan menerusi penanaman lebih 9.3 juta pokok bakau dan spesies bersesuaian.   Malaysia juga merupakan antara 17 negara di dunia yang kaya dengan flora dan fauna, dengan hampir 70 peratus spesies yang diketahui di dunia terdapat di negara ini.   Daripada jumlah itu, kira-kira 12,000 spesies atau lebih 80 peratus berada di Sabah dan Sarawak.   Bagi melindungi ekosistem marin, kerajaan turut memperkenalkan inisiatif pembelian pukat lama bagi mengelakkan peralatan menangkap ikan yang terbiar daripada terus mengancam hidupan laut.   Usaha pemuliharaan itu turut menyusuli perkembangan positif apabila penyu belimbing kembali mendarat dan bertelur di pesisir pantai Terengganu selepas kali terakhir direkodkan pada 2017.   Pada masa sama, kerajaan akan menaik taraf segera sistem pembetungan awam yang usang di Pulau Tuba, Langkawi, Redang dan Tioman bagi menangani keperluan infrastruktur di kawasan berkenaan.   Kerajaan turut menekankan pendekatan holistik dalam pemuliharaan serta pengurusan risiko kebakaran hutan paya gambut menerusi pembiayaan berimpak tinggi, kerjasama strategik dan penggunaan teknologi moden.   Peningkatan peruntukan dan pelaksanaan pelbagai inisiatif itu diharap dapat memperkukuh perlindungan biodiversiti negara, selain membuka peluang ekonomi kepada komuniti setempat melalui kegiatan berasaskan alam semula jadi.

Usaha pemuliharaan ini turut menyusuli perkembangan positif apabila penyu belimbing kembali mendarat dan bertelur di pesisir pantai Terengganu selepas kali terakhir direkodkan pada 2017.

KERAJAAN memperuntukkan RM270 juta menerusi Dana Pindahan Fiskal Ekologi (EFT) bagi menyokong usaha negeri memelihara khazanah alam, di samping menggalakkan kegiatan ekonomi dan ekopelancongan berasaskan komuniti.

Selain itu, sebanyak RM65 juta disediakan bagi menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti negara, termasuk memperkasa kira-kira 2,500 renjer komuniti daripada kalangan Orang Asli, veteran tentera dan pesara polis.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan berkenaan turut meliputi pembinaan dan penyelenggaraan pos renjer bagi tujuan rondaan.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan MADANI 2027 di Dewan Rakyat, pada Jumaat.

Dalam usaha memulihara ekosistem hutan dan pesisiran pantai, Malaysia berjaya mengekalkan kawasan berhutan hampir 18 juta hektar, bersamaan 54.4 peratus daripada keluasan tanah negara.

Pencapaian itu selaras dengan komitmen Malaysia yang dibuat semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992 untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan tanah negara sebagai kawasan berhutan.

Sehingga 2025, hampir 4,000 hektar kawasan hutan paya laut dan pesisiran pantai turut berjaya dipulihkan menerusi penanaman lebih 9.3 juta pokok bakau dan spesies bersesuaian.

Malaysia juga merupakan antara 17 negara di dunia yang kaya dengan flora dan fauna, dengan hampir 70 peratus spesies yang diketahui di dunia terdapat di negara ini.

Daripada jumlah itu, kira-kira 12,000 spesies atau lebih 80 peratus berada di Sabah dan Sarawak.

Bagi melindungi ekosistem marin, kerajaan turut memperkenalkan inisiatif pembelian pukat lama bagi mengelakkan peralatan menangkap ikan yang terbiar daripada terus mengancam hidupan laut.

Usaha pemuliharaan itu turut menyusuli perkembangan positif apabila penyu belimbing kembali mendarat dan bertelur di pesisir pantai Terengganu selepas kali terakhir direkodkan pada 2017.

Pada masa sama, kerajaan akan menaik taraf segera sistem pembetungan awam yang usang di Pulau Tuba, Langkawi, Redang dan Tioman bagi menangani keperluan infrastruktur di kawasan berkenaan.

Kerajaan turut menekankan pendekatan holistik dalam pemuliharaan serta pengurusan risiko kebakaran hutan paya gambut menerusi pembiayaan berimpak tinggi, kerjasama strategik dan penggunaan teknologi moden.

Peningkatan peruntukan dan pelaksanaan pelbagai inisiatif itu diharap dapat memperkukuh perlindungan biodiversiti negara, selain membuka peluang ekonomi kepada komuniti setempat melalui kegiatan berasaskan alam semula jadi.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com