The Step - Every Story Moves You

PU Syed tegur individu didakwa cuba kelirukan isu murtad, anggap pandangan sebagai ‘songsang’

PU Syed menyifatkan pandangan individu terbabit sebagai mengelirukan kerana didakwa mencampuradukkan isu memaksa seseorang memeluk Islam dengan tindakan menangani kes seorang Muslim yang didakwa terpesong akidahnya.

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan11 Oktober 2026 pada 09:32 PG1 min bacaanDikemas kini 14 Oktober 2026 pada 08:31 PG
PU Syed menyifatkan pandangan individu terbabit sebagai mengelirukan kerana didakwa mencampuradukkan isu memaksa seseorang memeluk Islam dengan tindakan menangani kes seorang Muslim yang didakwa terpesong akidahnya.

PU Syed menyifatkan pandangan individu terbabit sebagai mengelirukan kerana didakwa mencampuradukkan isu memaksa seseorang memeluk Islam dengan tindakan menangani kes seorang Muslim yang didakwa terpesong akidahnya.

PENDAKWAH bebas, PU Syed menerusi Facebook menegur seorang individu berhubung kenyataannya mengenai isu seorang individu beragama Islam yang didakwa melakukan ritual agama bukan Islam.

Menerusi hantaran itu, PU Syed menyifatkan pandangan individu terbabit sebagai mengelirukan kerana didakwa mencampuradukkan isu memaksa seseorang memeluk Islam dengan tindakan menangani kes seorang Muslim yang didakwa terpesong akidahnya.

Menurutnya, Jabatan Agama Islam perlu dirujuk berhubung kes berkenaan kerana perkara itu berada dalam bidang kuasa pihak berkuasa agama berkaitan.

PU Syed turut memetik firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 256, yang bermaksud bahawa tiada paksaan dalam agama.

Beliau menjelaskan prinsip berkenaan merujuk kepada larangan memaksa seseorang yang bukan Islam untuk memeluk agama Islam.

Bagaimanapun, katanya, seseorang yang telah memeluk Islam tertakluk kepada perintah dan larangan agama, termasuk perkara berkaitan akidah.

“Adapun apabila seseorang telah menjadi Muslim, maka mereka secara automatik terikat dengan perintah dan tegahan agama,” katanya menerusi hantaran itu.

PU Syed turut berpandangan individu yang melakukan perkara yang boleh menjejaskan akidah perlu dibimbing dan diberi peluang untuk kembali kepada ajaran Islam.

Beliau turut menyentuh mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap individu yang didakwa keluar daripada Islam, termasuk proses taubat dan hukuman menurut perbahasan hukum berkaitan.

Dalam hantaran sama, PU Syed menggesa orang ramai merujuk penjelasan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menerusi artikel Bayan Linnas Siri Ke-279 bertajuk Larangan Untuk Menuduh Orang Lain Sebagai Murtad.

Mengakhiri kenyataannya, PU Syed turut menasihati individu terbabit supaya bertaubat dan berhati-hati ketika mengeluarkan pandangan berkaitan agama, selain menegaskan kepentingan memahami isu akidah berdasarkan ilmu.

Kenyataan itu dikongsikan PU Syed menerusi Facebook susulan perdebatan mengenai tindakan seorang individu beragama Islam yang didakwa melakukan ritual agama bukan Islam.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com