The Step - Every Story Moves You

PU Riz, Nurul Izzah senada… ‘Jangan biarkan nasib Masjidil Aqsa dipinggirkan’

Pengasas dan Pengerusi Subuh Centre, Nurul Izzah Anwar yang menekankan kepentingan umat Islam bersatu hati dalam menghadapi pihak yang berusaha mengambil alih Masjidil Aqsa. 

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan18 Oktober 2026 pada 10:44 PTG1 min bacaanDikemas kini 18 Oktober 2026 pada 10:49 PTG
Pengasas dan Pengerusi Subuh Centre, Nurul Izzah Anwar yang menekankan kepentingan umat Islam bersatu hati dalam menghadapi pihak yang berusaha mengambil alih Masjidil Aqsa. 

PU Riz, Nurul Izzah menegaskan kita semua perlu bersatu mempertahankan Masjidil Aqsa

PENDAKWAH bebas, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz, menyeru umat Islam agar tidak meminggirkan nasib Masjidil Aqsa, sebaliknya terus bersatu hati, meningkatkan kesedaran dan mendoakan keamanan serta kebebasan tempat suci itu daripada sebarang bentuk penindasan.

Seruan itu turut senada dengan kenyataan Pengasas dan Pengerusi Subuh Centre, Nurul Izzah Anwar yang menekankan kepentingan umat Islam bersatu hati dalam menghadapi pihak yang berusaha mengambil alih Masjidil Aqsa.

Mesej berkenaan mengingatkan masyarakat bahawa isu tempat suci itu memerlukan keprihatinan dan kesatuan ummah, tanpa membiarkan perbezaan pandangan menjadi penghalang.

Menurut PU Riz, Masjidil Aqsa bukan sekadar mempunyai nilai sejarah, malah merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum Kaabah serta tempat yang dikaitkan dengan peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW. Kedudukannya turut diperteguh melalui firman Allah SWT dalam al-Quran yang menyebut keberkatan di kawasan sekitarnya.

“Barakah ini milik Allah SWT, bukan sesuatu yang dicipta oleh manusia. Allah sendiri menyebut keberkatan di sekitar Masjidil Aqsa dalam al-Quran. Sebab itu, kita perlu memahami betapa besar kedudukan tempat suci ini dan mengapa nasibnya tidak boleh dipandang sebelah mata,” katanya.

PU Riz turut menegaskan bahawa perjuangan mempertahankan Masjidil Aqsa tidak seharusnya dilihat semata-mata daripada sudut politik, sebaliknya sebagai tanggungjawab keimanan yang memerlukan sokongan berterusan umat Islam. Beliau mengingatkan agar doa untuk Masjidil Aqsa tidak pernah dilupakan, selain menyeru masyarakat supaya tidak bersikap acuh tidak acuh terhadap perkembangan yang berlaku.

“Jika isu Masjidil Aqsa berlalu di hadapan kita tanpa sedikit pun rasa peduli, itu sesuatu yang membimbangkan. Jangan sesekali tinggalkan doa agar Masjidil Aqsa kembali aman. Ini bukan perjuangan yang sia-sia, sebaliknya satu amanah yang perlu terus kita pertahankan. Insya-Allah, akan tiba masanya Masjidil Aqsa kembali menikmati keamanan,” katanya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com