PM doakan dua wartawan kemalangan ketika bertugas, arah bantuan segera dihulurkan
Beliau turut berharap agar segala urusan kedua-dua wartawan dan keluarga mereka dipermudahkan dalam menghadapi ujian berkenaan.


Anwar mendoakan agar dua pengamal media, Nur Afiradina Arshad dari BERNAMA dan Zahratulhayat Md Arif dari New Straits Times (NST), yang terlibat dalam kemalangan ketika menjalankan tugas di Bagan Datuk, awal pagi tadi, segera pulih. Foto: Facebook Anwar Ibrahim
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan agar dua pengamal media, Nur Afiradina Arshad dari BERNAMA dan Zahratulhayat Md Arif dari New Straits Times (NST), yang terlibat dalam kemalangan ketika menjalankan tugas di Bagan Datuk, awal pagi tadi, segera pulih.
Menerusi satu luahan, Anwar berkata beliau menerima khabar mengenai kejadian yang menimpa kedua-dua wartawan berkenaan ketika dalam perjalanan untuk membuat liputan program di Bagan Datuk.
Beliau turut mendoakan agar segala urusan rawatan mereka dipermudahkan, selain dikurniakan kesembuhan yang baik supaya dapat kembali pulih seperti sediakala.
“Mendoakan agar segala urusan rawatan mereka dipermudahkan, dikurniakan kesembuhan yang baik dan segera pulih seperti sediakala.”
Dalam pada itu, Anwar berkata beliau telah mengarahkan pegawainya supaya menghulurkan bantuan segera yang diperlukan kepada kedua-dua mangsa.
Beliau turut berharap agar segala urusan kedua-dua wartawan dan keluarga mereka dipermudahkan dalam menghadapi ujian berkenaan.
“Moga segala urusan mereka sekeluarga dipermudahkan dalam menghadapi ujian ini.”
Kejadian itu berlaku ketika kedua-dua pengamal media berkenaan dalam perjalanan bagi menjalankan tanggungjawab membuat liputan, sekali gus mengingatkan tentang risiko yang dihadapi petugas media ketika melaksanakan tugasan di lapangan.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


