The Step - Every Story Moves You

Perjalanan terakhir Tun Dr. Siti Hasmah, Tun Dr. Mahathir iringi jenazah isteri tercinta

Tun Dr. Mahathir turut berada di sisi jenazah isterinya sebelum urusan pengebumian disempurnakan.

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan29 September 2026 pada 11:35 PG2 min bacaanDikemas kini 30 September 2026 pada 09:02 PG
Tun Dr. Mahathir turut berada di sisi jenazah isterinya sebelum urusan pengebumian disempurnakan.

Tun Dr. Mahathir turut berada di sisi jenazah isterinya sebelum urusan pengebumian disempurnakan.

Dalam suasana penuh hiba, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengiringi perjalanan terakhir isteri tercinta, Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, sebelum jenazah tokoh wanita itu selamat dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya, kira-kira jam 6.10 petang Isnin.

Ribuan individu termasuk ahli keluarga, saudara-mara, tokoh politik, selebriti dan rakyat Malaysia hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah yang meninggal dunia pada usia 100 tahun.

Tun Dr. Mahathir turut berada di sisi jenazah isterinya sebelum urusan pengebumian disempurnakan.

Detik tersebut menjadi antara momen paling menyentuh hati apabila Tun Dr. Mahathir, 101, mengiringi perjalanan terakhir insan yang menjadi teman hidupnya selama lebih enam dekad.

Pemergian Allahyarham bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga, malah turut dirasai rakyat Malaysia yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada tokoh yang banyak menabur jasa dalam bidang perubatan, kesihatan dan kemasyarakatan.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah beberapa pemimpin politik, delegasi luar negara, kenalan serta orang ramai.

Antara selebriti dan tokoh yang kelihatan hadir termasuk penyanyi Haiza Hanafi, Syed Saddiq, Bella Astillah, Fazziq serta penerbit Ziela Jalil.

Jenazah disolatkan selepas solat Asar

Sebelum itu, jenazah Allahyarhamah dibawa ke Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan bagi urusan pengurusan jenazah serta memberikan peluang kepada keluarga, kenalan dan orang ramai menunaikan penghormatan terakhir.

Jenazah Allahyarhamah kemudiannya disolatkan selepas solat Asar sebelum dibawa ke Pusara Negara untuk urusan pengebumian.

Suasana sekitar masjid dan lokasi pengebumian turut dipenuhi orang ramai yang hadir untuk mendoakan Allahyarhamah serta mengiringi perjalanan terakhir tokoh wanita yang banyak menabur jasa kepada negara.

Pergi pada usia 100 tahun

Terdahulu, berita pemergian Tun Dr. Siti Hasmah pada usia 100 tahun meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga, sahabat handai dan rakyat Malaysia.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pada jam 9.20 pagi Isnin. Berita duka itu disahkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Allahyarhamah meninggalkan tujuh orang anak serta keluarga yang turut menjadi saksi perjalanan hidupnya sebagai seorang doktor, tokoh masyarakat dan wanita yang banyak menabur bakti kepada negara.

Sepanjang hayatnya, Allahyarhamah dikenali menerusi sumbangan dalam bidang perubatan, kesihatan, kebajikan serta pelbagai kegiatan kemasyarakatan.

Beliau juga tidak sekadar dikenang sebagai isteri kepada seorang negarawan, sebaliknya mempunyai jasa dan perjuangan tersendiri dalam memperjuangkan aspek kesihatan serta kesejahteraan masyarakat.

Pemergian Allahyarhamah turut dirasai rakyat Malaysia yang hadir memberikan penghormatan terakhir sebelum beliau disemadikan.

Selepas lebih enam dekad melalui suka dan duka bersama, Tun Dr. Mahathir akhirnya mengiringi isterinya buat kali terakhir ke tempat persemadian.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, mengampuni segala dosa-dosanya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Al fatihah.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com