The Step - Every Story Moves You

Penjawat awam ditahan disyaki minta, terima rasuah RM30 juta

Ia didakwa sebagai balasan membantu mengurangkan bayaran cukai taksiran berjumlah RM140 juta.

Metra Syahril Mohamed
Oleh Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step21 Oktober 2026 pada 05:42 PTG1 min bacaanDikemas kini 21 Oktober 2026 pada 07:50 PTG
Penjawat awam (kiri) direman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30 juta daripada beberapa buah syarikat.

Penjawat awam (kiri) direman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30 juta daripada beberapa buah syarikat. SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30 juta daripada beberapa buah syarikat.

Ia didakwa sebagai balasan membantu mengurangkan bayaran cukai taksiran berjumlah RM140 juta.

Perintah reman selama enam hari sehingga 26 Oktober terhadap suspek dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi ketika bersembunyi di sebuah hotel di sekitar Lembah Klang.

Siasatan awal mendapati suspek yang juga merupakan Pengarah Unit disyaki melakukan perbuatan tersebut pada 2025 hingga 2026.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step, The Step | 102 siaran

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com