Pelajar maut di asrama: 'Tiada pihak akan dilindungi'
Siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan oleh PDRM dan dimaklumkan seorang pelajar telah ditahan bagi membantu siasatan.

Fadhlina Sidek hadir bagi mendapatkan perkembangan lanjut berhubung kes kematian pelajar tingkatan dua di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. — Facebook Fadhlina Sidek
'TIADA pihak akan dilindungi sekiranya didapati berlaku salah laku atau pelanggaran undang-undang'.
Demikian tegas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek susulan kes kematian seorang pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za’ba, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Menurut beliau, pihaknya telah mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit dengan segera bagi mengenal pasti sebarang ketidakpatuhan.
"Tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan dan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," jelasnya dalam kenyataan.
Beliau turut merakamkan rasa dukacita yang mendalam atas pemergian murid berkenaan dan seluruh warga Kementerian Pendidikan (KPM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
"Saya telah bertemu dengan ahli keluarga Allahyarham di hospital bagi menyampaikan sendiri rasa simpati atas kehilangan yang amat menyayat hati ini.
"Pagi ini saya telah hadir ke sekolah berkenaan untuk bertemu dengan warga sekolah, pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendapatkan penjelasan berhubung kejadian tersebut dan tindakan yang telah diambil," jelasnya.
Beliau berkata, siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan oleh PDRM dan pihaknya dimaklumkan seorang pelajar telah ditahan bagi membantu siasatan.
"KPM dan pihak sekolah akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada PDRM bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara menyeluruh dan telus," katanya.
Tambahnya, KPM menyediakan perkhidmatan kaunseling dan sokongan psikososial kepada keluarga Allahyarham serta warga sekolah yang terkesan akibat kejadian ini.
"Dalam saat yang sukar ini, keutamaan kita adalah keluarga Allahyarham. KPM akan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan PDRM dan memastikan kebajikan warga sekolah terus terpelihara," katanya.
Tentang Penulis

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.
Dari Penulis

68,177 hilang kerja: Pertimbang cadangan akses KWSP secara bersasar
Metra Syahril Mohamed · 26 September 2026 pada 09:51 PG

Tiada cadangan tambah kerusi Parlimen di Sarawak - SPR
Metra Syahril Mohamed · 25 September 2026 pada 05:43 PTG

WhatsApp digodam, disekat: Hati-hati pihak tawar khidmat pemulihan akaun
Metra Syahril Mohamed · 25 September 2026 pada 11:17 PG

JKR diarah siasat kemalangan motosikal di 'laluan hijau'
Metra Syahril Mohamed · 24 September 2026 pada 08:48 PTG
Berita berkaitan

'Sekolah tempat anak-anak tuntut ilmu, bukan tempat hidup dalam ketakutan'
The Step · 27 September 2026 pada 10:57 PG

Masalah disiplin: Ibu bapa punca, langsung tak pernah tegur anak-anak sendiri
The Step · 27 September 2026 pada 08:21 PG

Hentikan drama, filem promosi buli - Asyraf Wajdi
The Step · 26 September 2026 pada 09:28 PTG

Prasarana pasang penghadang keselamatan platform di Laluan Kelana Jaya, Ampang/Sri Petaling
The Step · 26 September 2026 pada 04:27 PTG

