The Step - Every Story Moves You

Nik Nazmi sahkan dia ditangkap khalwat, mohon maaf kepada isteri dan keluarga

"Pada masa pegawai JAIS tiba, sememangnya hanya saya dan wanita tersebut yang ada. Saya mengakui itu adalah suatu kesalahan." - Nik Nazmi

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan17 Oktober 2026 pada 12:04 PTG1 min bacaanDikemas kini 18 Oktober 2026 pada 12:46 PTG
Pada masa pegawai JAIS tiba, sememangnya hanya saya dan wanita tersebut yang ada. Saya mengakui itu adalah suatu kesalahan.

"Pada masa pegawai JAIS tiba, sememangnya hanya saya dan wanita tersebut yang ada. Saya mengakui itu adalah suatu kesalahan." - Nik Nazmi

BEKAS Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan beliau adalah individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kes khalwat bersama seorang wanita bukan mahram di sebuah rumah di Petaling Jaya pada 15 Oktober lalu.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di media sosial, Nik Nazmi mengakui kejadian itu sebagai satu kesilapan pertimbangan dan memohon maaf kepada isteri, keluarga serta semua pihak yang terkesan dengan insiden berkenaan.

Beliau turut menjelaskan bahawa ketika pegawai JAIS tiba di lokasi, hanya beliau dan wanita terbabit berada di situ.

Menurutnya, beliau bersama rakan-rakan pada awalnya mengadakan perbincangan di sebuah studio di Brickfields, Kuala Lumpur, sebelum memutuskan untuk meneruskannya di Petaling Jaya bagi melihat beberapa bahan berkaitan projek yang dibincangkan.

“Pada masa pegawai JAIS tiba, sememangnya hanya saya dan wanita tersebut yang ada. Saya mengakui itu adalah suatu kesalahan.

“Seperti yang saya maklumkan juga kepada Pegawai JAIS, kami sememangnya tidak melakukan apa-apa tindakan sumbang yang menimbulkan syak wasangka,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Nazmi turut memohon maaf kepada parti BERSAMA susulan insiden berkenaan yang menurutnya telah menjejaskan parti serta mengecewakan ahli dan penyokong.

Beliau berkata, pihaknya akan menerima apa jua keputusan yang dibuat oleh parti berhubung perkara itu.

Nik Nazmi turut menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama dalam sebarang proses perundangan yang berkaitan.

Pada masa sama, beliau berharap semua pihak menghormati proses perundangan dan tidak memanjangkan isu berkenaan menerusi media.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com