MCMC terima aduan video pementasan sentuh institusi raja, Rukun Negara
MCMC jelasnya, turut bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melengkapkan siasatan, termasuk berkaitan bukti digital.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menerima aduan berhubung sebuah video pementasan yang kini tular di media sosial dan didakwa mengandungi kandungan yang menyentuh institusi Raja, Malaysia serta Rukun Negara.
Menurut MCMC, semakan awal mendapati, rakaman tersebut berasal daripada sebuah pementasan pada 2018 yang kini kembali disebarkan di media sosial.
"MCMC telah mengenal pasti beberapa akaun media sosial dan individu berkaitan bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan," jelasnya dalam kenyataan.
MCMC jelasnya, turut bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melengkapkan siasatan, termasuk berkaitan bukti digital.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan mengenai individu yang dikaitkan dengan video tersebut bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap proses siasatan," katanya.
Terdahulu, Majlis Perundingan Melayu (MPM) menyatakan rasa kesal dan dukacita berhubung penyebaran video berkenaan yang memaparkan satu persembahan teater atau sketsa yang menyentuh Rukun Negara serta dicampuradukkan dengan perkataan dan ungkapan yang bersifat provokatif, di samping adegan yang dilihat tidak selari dengan nilai serta budaya masyarakat Malaysia.
"MPM sentiasa menjunjung prinsip hak asasi manusia dan kebebasan bersuara yang dijamin dalam kerangka undang-undang negara.
"Namun demikian, kebebasan tersebut hendaklah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, menghormati sensitiviti masyarakat serta tidak menjejaskan keharmonian dan nilai-nilai bersama yang menjadi asas kehidupan bernegara," katanya.
MPM berpandangan bahawa sebarang bentuk persembahan yang menggunakan Rukun Negara sebagai bahan sehingga menimbulkan provokasi dan keresahan dalam kalangan masyarakat perlu dipandang serius.
Lebih-lebih lagi katanya, apabila ia dilihat menyentuh nilai kesopanan dan kesusilaan, yang merupakan salah satu daripada lima prinsip Rukun Negara dan menjadi asas penting dalam membentuk masyarakat yang saling menghormati.
Tentang Penulis

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.
Dari Penulis

Siasatan kes FELDA, FIC: SPRM rakam keterangan Isa Samad di penjara
Metra Syahril Mohamed · 19 September 2026 pada 04:08 PTG

RCI Tabung Haji: Azeez Rahim, keluarga diminta isytihar harta dalam tempoh sebulan
Metra Syahril Mohamed · 19 September 2026 pada 03:08 PTG

UMNO lancar kutipan tabung sumbangan bantu ringankan beban Najib
Metra Syahril Mohamed · 18 September 2026 pada 04:43 PTG

AirAsia perkukuh Kuala Lumpur hab mega tambang rendah nombor satu dunia
Metra Syahril Mohamed · 18 September 2026 pada 03:07 PTG
Berita berkaitan

Siasatan kes FELDA, FIC: SPRM rakam keterangan Isa Samad di penjara
Metra Syahril Mohamed · 19 September 2026 pada 04:08 PTG

RCI Tabung Haji: Azeez Rahim, keluarga diminta isytihar harta dalam tempoh sebulan
Metra Syahril Mohamed · 19 September 2026 pada 03:08 PTG

Keadaan fizikal Kelat susut mendadak, Neow gesa pemeriksaan kesihatan segera
Deel Anjer · 19 September 2026 pada 12:30 PTG

Pengampunan bersyarat, Najib jalani tahanan rumah jika bayar denda RM50 juta
The Step · 18 September 2026 pada 01:06 PTG

