Lelaki, ibu ditahan susulan kontroversi ritual agama bukan Islam
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haji Mohd Shahzihan Ahmad berkata, kedua-dua individu terbabit kini sedang disiasat mengikut Seksyen 4 dan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.


LELAKI terpalit kontroversi susulan dakwaan melakukan amalan atau ritual agama bukan Islam ditahan bersama ibunya di Kuala Lumpur, tengah hari tadi. Foto: Media sosial
LELAKI berusia 21 tahun yang terpalit kontroversi susulan dakwaan melakukan amalan atau ritual agama bukan Islam ditahan bersama ibunya berusia 52 tahun di Kuala Lumpur, tengah hari tadi.
Penahanan kedua-dua individu itu dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi waran tangkap bersaling yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
Ibu kepada lelaki berkenaan dilaporkan hadir di JAWI sebelum kedua-duanya ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haji Mohd Shahzihan Ahmad berkata, kedua-dua individu terbabit kini sedang disiasat mengikut Seksyen 4 dan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
Menurut beliau, JAIS turut menjangkakan sekurang-kurangnya 14 individu lain akan dipanggil bagi membantu siasatan susulan risikan yang dijalankan selepas kes berkenaan tular di media sosial.
JAIS memandang serius perkara itu dan menegaskan setiap tindakan akan dilaksanakan berdasarkan bidang kuasa, peruntukan undang-undang serta fakta kes.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, sebaliknya memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan.
Kenyataan media berhubung perkembangan kes itu dikeluarkan oleh Datuk Haji Mohd Shahzihan Ahmad pada 13 Oktober 2026.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


