The Step - Every Story Moves You

Kes bunuh Irene Sofiya: ‘Adakah anak-anak kita selamat di sekolah?’ - Dr Afif

Pembunuhan tragis Irene Sofiya turut mencetuskan persoalan mengenai tahap keselamatan dan pemantauan pelajar di sekolah.

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan5 Oktober 2026 pada 07:30 PG2 min bacaanDikemas kini 6 Oktober 2026 pada 07:52 PG
Pembunuhan tragis  Irene Sofiya turut mencetuskan persoalan mengenai tahap keselamatan dan pemantauan pelajar di sekolah.

Pembunuhan tragis Irene Sofiya turut mencetuskan persoalan mengenai tahap keselamatan dan pemantauan pelajar di sekolah.

Pembunuhan tragis pelajar perempuan sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor, Irene Sofiya, 16, turut mencetuskan persoalan mengenai tahap keselamatan dan pemantauan pelajar di sekolah.

Pempengaruh kesihatan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Al Farhain Medical Centre, Dr Afif Mohd Ridzwan, berkata tragedi berkenaan seharusnya menjadi peringatan kepada semua pihak supaya tidak hanya memikirkan aspek keselamatan selepas sesuatu kejadian berlaku.

Menerusi perkongsian di Facebook, Dr Afif berkata beliau tidak mahu mendahului siasatan atau menuding jari kepada mana-mana pihak kerana kes masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Pembunuhan tragis  Irene Sofiya turut mencetuskan persoalan mengenai tahap keselamatan dan pemantauan pelajar di sekolah.

Namun, sebagai bapa dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah, Kota Bharu, Kelantan, kejadian itu membuatkan beliau mempersoalkan sejauh mana keselamatan anak-anak ketika berada di sekolah.

“Adakah anak-anak kita benar-benar selamat ketika berada di sekolah? Bukan sekadar pagar ada atau tidak. Bukan sekadar CCTV ada atau tidak,” katanya.

Dr Afif turut mempersoalkan siapa yang menyedari sekiranya seorang murid tidak masuk kelas, hilang daripada pemantauan selama beberapa jam atau menunjukkan perubahan tingkah laku.

Dr Afif Mohd Ridzwan
Dr Afif Mohd Ridzwan

Menurutnya, kawasan sekolah yang sunyi serta sebarang perkara mencurigakan juga perlu diberi perhatian dan tindakan segera.

Beliau berkata, di sekolah yang diwakilinya, beliau memberi perhatian serius terhadap disiplin, keselamatan, kehadiran murid ke kelas, keberkesanan PdP, kehadiran guru serta kebajikan pelajar.

Katanya, keselamatan pelajar bukan tanggungjawab seorang individu kerana pihak sekolah tidak mungkin mampu berada di setiap sudut sekolah pada setiap masa.

“Guru, pentadbir, pengawal keselamatan, PIBG, ibu bapa dan murid sendiri perlu menjadi sebahagian daripada sistem perlindungan yang sama,” katanya.

Dr Afif turut mengingatkan ibu bapa supaya tidak memandang ringan perubahan pada diri anak, termasuk apabila mereka mula ponteng kelas, menyendiri, ketakutan atau menunjukkan perubahan perangai.

“Kadang-kadang satu teguran, satu laporan, satu panggilan telefon atau seorang guru yang bertanya ‘awak okay tak?’ boleh mengubah perjalanan hidup seorang anak,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Al Farhain menegaskan, keselamatan dan kebajikan pelajar perlu menjadi keutamaan kerana sebelum bercakap mengenai pencapaian akademik, ranking dan keputusan peperiksaan, perkara paling asas ialah memastikan anak-anak selamat.

Beliau turut menyampaikan takziah kepada keluarga Irene Sofiya dan berharap tragedi itu menjadi peringatan kepada semua pihak bahawa keselamatan anak-anak di sekolah adalah tanggungjawab bersama.

Terdahulu, Irene Sofiya ditemukan kira-kira 5.30 petang Sabtu selepas dipercayai hadir ke sekolah bagi mengikuti kelas tambahan.

Allahyarham ditemukan dalam keadaan berlumuran darah oleh neneknya, Jameyah Rabani, 66, bersama rakan mangsa selepas menyedari Irene tidak pulang ke rumah.

Susulan kejadian itu, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun direman selama enam hari bagi membantu siasatan.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com