Kes buli di sekolah: KPM disaran mohon peruntukan khas, lantik warden sepenuh masa
“Suka atau tidak, jika kita masih percaya dan mahu teruskan sistem sekolah berasrama, kerajaan mesti menyediakan peruntukan untuk lantik warden sepenuh masa" - Asyraf Wajdi


“Suka atau tidak, jika kita masih percaya dan mahu teruskan sistem sekolah berasrama, kerajaan mesti menyediakan peruntukan untuk lantik warden sepenuh masa" - Asyraf Wajdi
Kementerian Pendidikan (KPM) disaran menggunakan sidang Parlimen kali ini bagi memohon peruntukan khas untuk menangani isu buli dan pelbagai kes jenayah yang berlaku di sekolah, khususnya dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, peruntukan khas berkenaan amat diperlukan memandangkan isu membabitkan keselamatan dan disiplin pelajar kini menjadi kepentingan awam yang mendesak.
Menurutnya, jika kerajaan mahu mengekalkan sistem sekolah berasrama, aspek pemantauan keselamatan perlu diperkukuhkan termasuk dengan menyediakan warden sepenuh masa daripada kalangan bekas anggota tentera.
“Suka atau tidak, jika kita masih percaya dan mahu teruskan sistem sekolah berasrama, kerajaan mesti menyediakan peruntukan untuk lantik warden sepenuh masa bekas tentera bagi mengurangkan beban guru, selain menyediakan kamera litar tertutup (CCTV) di semua sekolah asrama.
“Meletakkan beban tugas sebagai warden kepada guru juga sudah tidak lagi berkesan dengan hanya elaun tambahan RM300, sedangkan realiti beban tugas hakiki sebagai guru pastinya tidak munasabah.
“Terutamanya untuk mereka berjaga dan melakukan pemantauan berterusan di asrama sepanjang masa, khususnya pada waktu-waktu berisiko,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.
Asyraf Wajdi berkata, dapatan kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) turut menunjukkan keberkesanan guru dalam menggalas tugas sebagai warden bagi menangani pelbagai isu disiplin pelajar, termasuk buli, adalah amat terbatas.
Katanya, hasil kajian berkenaan sebaliknya mendapati pelantikan warden sepenuh masa daripada kalangan bekas tentera mampu membantu mengurangkan masalah disiplin dan kes buli sehingga hampir sifar.
“MARA bersedia berkongsi hasil kajian ini dengan pihak Kementerian Pendidikan tanpa sekelumit niat untuk ‘mengajar’, tetapi atas rasa tanggungjawab bersama untuk kita menangani isu buli dan disiplin pelajar,” katanya.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


