Kerajaan siasat dakwaan individu Islam terbabit ritual agama bukan Islam
Tindakan sewajarnya sedang diambil bersama pihak berkuasa bagi membolehkan penelitian dan siasatan dijalankan


tindakan sewajarnya sedang diambil bersama pihak berkuasa bagi membolehkan penelitian dan siasatan dijalankan berhubung perkara berkenaan.
JABATAN Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memandang serius penularan video di media sosial yang didakwa memaparkan seorang individu beragama Islam terbabit dalam ritual keagamaan bukan Islam, termasuk perlakuan dikaitkan dengan unsur pemujaan dan penggunaan mantera tertentu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan berkata, tindakan sewajarnya sedang diambil bersama pihak berkuasa bagi membolehkan penelitian dan siasatan dijalankan berhubung perkara berkenaan.

Beliau berkata, tindakan lanjut akan dilaksanakan mengikut bidang kuasa serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
“Kerajaan tegas dalam memelihara kesucian akidah umat Islam dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang amalan yang terbukti menyeleweng daripada akidah Islam,” menurut kenyataan media beliau hari ini.
Menurut kenyataan itu, sebarang tindakan akan berasaskan fakta dan hasil siasatan pihak berautoriti bagi memastikan keadilan serta keharmonian masyarakat terus terpelihara.
Sehubungan itu, penelitian dan siasatan perlu dijalankan bagi memastikan kesahihan dakwaan yang tular sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.
Kenyataan media itu dikeluarkan hari ini oleh Dr Zulkifli yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


