Kerajaan salur RM128.2 juta tingkat kesejahteraan penduduk Melaka
Kor Ming memberitahu, bagi tahun ini sebanyak 24 projek pembangunan diluluskan melibatkan peruntukan mengikut skop pembangunan.
.jpeg&w=3840&q=75)
Nga Kor Ming ketikasiri Jelajah Sentuhan Kasih KPKT Tahun 2026 di Melaka dengan meninjau 10 projek utama. — KPKT
KERAJAAN MADANI mengumumkan peruntukan berjumlah RM128.2 juta demi kesejahteraan komuniti di Melaka.
Perkara itu dijelaskan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming ketika meneruskan siri Jelajah Sentuhan Kasih KPKT Tahun 2026 di Melaka dengan meninjau 10 projek utama.
Menurut beliau, peruntukan itu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan pembangunan yang inklusif dan menyeluruh, merangkumi aspek infrastruktur, perumahan serta kesejahteraan komuniti di Melaka.
"Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) komited dalam memastikan kesemua manfaat projek infrastruktur yang diluluskan Kerajaan MADANI dapat dirasai secara langsung oleh rakyat dalam tempoh yang dijanjikan.
"Peruntukan yang disalurkan ini adalah bukti komitmen berterusan Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim .
"Ini bagi memastikan rakyat Negeri Melaka menikmati akses kepada perumahan yang berkualiti, kemudahan awam yang selesa, serta persekitaran kehidupan yang lebih mampan, sejahtera dan selamat," katanya.
Kor Ming memberitahu, bagi tahun ini sebanyak 24 projek pembangunan diluluskan melibatkan peruntukan mengikut skop pembangunan.
Ia katanya, seperti berikut:
i. RM32.8 juta bagi pembinaan sel tambahan tapak pelupusan sisa pepejal Sungai Udang oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN);
ii. RM29.6 juta bagi pembinaan 390 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB);
iii. RM24.9 juta bagi Projek Infrastruktur dan Kemudahan Awam oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), merangkumi pembinaan Pasar Besar Melaka Sentral, Pasar Baru Jasin, gerai MADANI, medan selera, penyelenggaraan tandas awam bertaraf 'BMW', serta pembaikan cerun;
iv. RM10 juta bagi pembinaan rumah mampu milik di bawah Program Pembangunan Residensi PR1MA Fasa 1 Padang Temu;
v. RM8.5 juta di bawah Bahagian Perancangan Perumahan bagi projek Residensi Rakyat (PRR) di Klebang, Bukit Katil, dan Paya Rumput;
vi. RM5.8 juta untuk penyelenggaraan dan baik pulih 17 projek Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) serta 11 projek Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN);
vii. RM5.4 juta di bawah inisiatif dana penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) untuk 35 operator RIBI seluruh Melaka;
viii. RM4 juta bagi Program Baik Pulih dan Bina Baharu Rumah di Bandar oleh Bahagian Kesejahteraan Komuniti (BSK) melibatkan 125 unit rumah baik pulih dan 11 unit bina baharu;
ix. RM2 juta bagi menggalakkan gaya hidup sihat melalui rekreasi dan sukan, KPKT melalui Jabatan Landskap Negara (JLN) untuk pelaksanaan kerja naik taraf dan pengindahan landskap taman-taman awam di pelbagai daerah di Negeri Melaka;
x. RM877,000 kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka bagi naik taraf Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Jalan Kubu, Melaka;
xi. RM745,000 bagi tujuan pembangunan enam Kampung Baru di seluruh Negeri Melaka; dan
xii. RM3.7 juta oleh PLANMalaysia bagi Kajian Rancangan Struktur Negeri Melaka 2040, Program Penarafan Bandar Pintar, dan Bandar Selamat.
Siri Jelajah Sentuhan Kasih KPKT Negeri Melaka menyaksikan beliau meninjau lokasi projek berimpak tinggi yang merangkumi pembaikan kediaman rakyat, infrastruktur awam serta pusat rekreasi komuniti.
Antara lokasi utama yang dilawati termasuk kerja-kerja mengecat bangunan di Rumah Pangsa Kenanga Seksyen 1, tapak pembinaan Pasar Besar Melaka Sentral di Melaka Tengah, tapak cadangan pembinaan dewan terbuka dan gelanggang bola keranjang di Taman Semabok Perdana serta projek penggantian lif di Pangsapuri Laksamana Cheng Ho.
Di samping itu, beliau turut meninjau projek penyelenggaraan Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) Pangsapuri Sri Siantan di Bukit Baru, melawat rumah penerima bantuan Program Baik Pulih Rumah di Bandar di Bukit Pulau serta meninjau ruang niaga Pinggiran Sungai MITC di Ayer Keroh.
Bagi memantapkan persekitaran rekreasi dan memperkukuh keharmonian masyarakat majmuk, siri lawatan diteruskan dengan tinjauan ke projek naik taraf landskap di Dataran Sejarah dan Lanai Seni, Ayer Keroh.
Program ini diakhiri dengan penyerahan peruntukan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) di Gereja Church of Our Lady of Guadalupe bagi menyokong keharmonian serta kesejahteraan komuniti setempat.
KPKT berharap semua projek yang diluluskan dapat dilaksanakan dengan segera, telus dan berimpak tinggi demi memastikan kesejahteraan rakyat terus diperkasa selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Tentang Penulis

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.
Dari Penulis

Jabatan Imigresen gempur tapak projek hangar pesawat, 173 warga asing ditahan
Metra Syahril Mohamed · 16 September 2026 pada 09:14 PG

Semua kru operasi aktif AirAsia Malaysia, AirAsia X bebas dadah
Metra Syahril Mohamed · 14 September 2026 pada 02:37 PTG
Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara
Metra Syahril Mohamed · 14 September 2026 pada 01:37 PTG

KKM beri jaminan kesan penangguhan FDS akan diminimumkan
Metra Syahril Mohamed · 14 September 2026 pada 09:16 PG
Berita berkaitan

Hari Malaysia: Bukan sekadar tarikh, tapi kisah rundingan
Deel Anjer · 16 September 2026 pada 10:50 PG

Jabatan Imigresen gempur tapak projek hangar pesawat, 173 warga asing ditahan
Metra Syahril Mohamed · 16 September 2026 pada 09:14 PG

Sindiket tukar hak milik kenderaan: SPRM sambung reman lima 'orang tengah'
The Step · 14 September 2026 pada 09:10 PTG

Jangan gadai maruah, masa depan demi kepentingan sementara
The Step · 14 September 2026 pada 03:22 PTG

