The Step - Every Story Moves You

Kenang 70 tahun bersama, Tun Mahathir menangis ketika ziarah pusara Tun Hasmah

Tun Mahathir tidak dapat menahan sebak sehingga air matanya mengalir

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan1 Oktober 2026 pada 02:58 PTG1 min bacaanDikemas kini 3 Oktober 2026 pada 11:43 PG
Tun Mahathir tidak dapat menahan sebak sehingga air matanya mengalir

Tun Mahathir tidak dapat menahan sebak sehingga air matanya mengalir Foto: Media sosial

Empat hari selepas kehilangan insan yang menjadi teman hidupnya selama tujuh dekad, kesedihan Tun Dr Mahathir Mohamad jelas terpancar ketika menziarahi pusara Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di Pusara Negara, Presint 20, di sini, pagi tadi.

Lebih memilukan, bekas Perdana Menteri itu tidak dapat menahan sebak sehingga air matanya mengalir ketika berdiri di sisi pusara wanita yang menemaninya melalui sebahagian besar perjalanan hidupnya.

Dr Mahathir tiba di tanah perkuburan berkenaan kira-kira pukul 11.05 pagi bersama beberapa ahli keluarga.

Sepanjang kira-kira 15 minit berada di pusara Allahyarhamah, beliau dilihat beberapa kali menundukkan wajah sebelum ditenangkan oleh ahli keluarga yang berada bersamanya.

Beliau kemudian menaburkan bunga mawar di pusara Allahyarhamah selain menghadiahkan doa buat isteri tercinta yang menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 9.20 pagi, Isnin lalu.

Difahamkan, Dr Mahathir singgah menziarahi pusara Allahyarhamah dalam perjalanan pulang dari IJN selepas menjalani pemeriksaan di hospital berkenaan kelmarin.

Pemergian Tun Dr Siti Hasmah pada usia 100 tahun menamatkan perjalanan kehidupan bersama pasangan itu yang telah membina bahtera rumah tangga selama kira-kira 70 tahun.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com