Kecurian kabel ganggu Laluan Putrajaya, penumpang ke Sepang diminta jangka masa perjalanan lebih lama
Gangguan itu berlaku susulan insiden kecurian kabel berhampiran Stesen Taman Equine


Gangguan itu berlaku susulan insiden kecurian kabel berhampiran Stesen Taman Equine
Penumpang yang menggunakan Laluan Putrajaya untuk meneruskan perjalanan ke Sepang melalui ERL Putrajaya dinasihatkan menjangkakan tempoh perjalanan dan masa menunggu yang lebih lama susulan gangguan perkhidmatan tren akibat kehilangan bekalan elektrik.
Menerusi kenyataan Rapid KL, gangguan itu berlaku susulan insiden kecurian kabel berhampiran Stesen Taman Equine, dengan kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan.
Penumpang yang terjejas dinasihatkan mengambil kira masa perjalanan yang lebih panjang dan tempoh menunggu yang mungkin meningkat sepanjang gangguan berkenaan.
Sebagai alternatif, penumpang boleh menggunakan perkhidmatan ERL melalui beberapa laluan lain.
Bagi perjalanan melalui ERL KL Sentral, penumpang boleh menggunakan Laluan Kelana Jaya (KJL) ke KL Sentral dan seterusnya Laluan Kajang (KGL) ke Muzium Negara.
Sementara itu, bagi perjalanan melalui ERL Bandar Tasik Selatan, penumpang boleh menggunakan Laluan Ampang (AGL) ke Sungai Besi atau Chan Sow Lin.
Pihak pengendali memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan menghargai kesabaran serta kerjasama penumpang sepanjang kerja-kerja pembaikan dijalankan

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


