JKR diarah siasat kemalangan motosikal di 'laluan hijau'
Antara perkara yang sedang diteliti termasuk tahap rintangan gelincir permukaan ketika basah, keadaan turapan, kemungkinan terdapat pencemaran permukaan seperti minyak atau diesel, kualiti pelaksanaan kerja serta faktor-faktor lain yang mungkin menyumbang kepada kejadian tersebut.

Tangkap layar daripada video media sosial mengenai kejadian motosikal terbabas di laluan hijau. — Media sosial.
JABATAN Kerja Raya (JKR) diarah menjalankan siasatan teknikal secara menyeluruh susulan isu beberapa penunggang motosikal terbabas di laluan kenderaan itu di Lebuhraya Persekutuan arah Klang, semalam.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, berdasarkan maklumat awal, bahagian permukaan berwarna di laluan tersebut sememangnya direka dan dilaksanakan sebagai kemasan antigelincir mengikut spesifikasi kerja yang ditetapkan.
Namun begitu jelasnya, ketika kejadian, hujan renyai-renyai dan keadaan permukaan jalan dilaporkan sedikit basah.
"Kita juga dimaklumkan bahawa beberapa penunggang motosikal telah terbabas di lokasi yang sama.
"Saya ingin merakamkan rasa simpati kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam insiden di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan arah Klang semalam.
"Sudah tentu kejadian seperti ini bukan sesuatu yang kita mahu berlaku dan aspek keselamatan pengguna jalan raya adalah keutamaan kita," jelasnya dalam kenyataan.
Beliau memberitahu, biarpun begitu pihaknya tidak mahu membuat sebarang kesimpulan awal mengenai punca kejadian.
Antara perkara yang sedang diteliti katanya, termasuk tahap rintangan gelincir permukaan ketika basah, keadaan turapan, kemungkinan terdapat pencemaran permukaan seperti minyak atau diesel, kualiti pelaksanaan kerja serta faktor-faktor lain yang mungkin menyumbang kepada kejadian tersebut.
"JKR telah mengambil tindakan awal di lokasi kejadian.
"Kerosakan turapan telah ditampal sementara dan papan tanda 'Kurangkan Laju' dipasang sebagai langkah segera," katanya.
Jelas beliau, ujian skid dalam keadaan kering dan basah turut dijalankan bagi mengesahkan prestasi sebenar permukaan tersebut.
Susulan itu katanya, kerja penambahbaikan termasuk mill and pave serta pemasangan papan tanda halaju panduan 40 km/j akan dilaksanakan.
"Apa yang penting, kita akan mengambil pengajaran daripada kejadian ini.
"Sekiranya hasil siasatan mendapati terdapat kelemahan pada bahan, pelaksanaan kerja, reka bentuk atau aspek penyelenggaraan, kita akan ambil tindakan pembetulan yang sewajarnya.
"Keselamatan pengguna, khususnya penunggang motosikal yang menggunakan laluan ini setiap hari, mesti diberi keutamaan," katanya.
Tentang Penulis

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.
Dari Penulis

TH mulakan kursus asas haji musim 1448H/2027M
Metra Syahril Mohamed · 24 September 2026 pada 12:58 PTG

AGC fail rayuan pembebasan remaja bunuh pelajar perempuan
Metra Syahril Mohamed · 24 September 2026 pada 11:31 PG
.jpeg&w=3840&q=75)
652 penjawat awam terima ganjaran RM1.18 juta
Metra Syahril Mohamed · 23 September 2026 pada 09:36 PG

DUN Melaka bubar esok, dapat perkenan Yang di-Pertua Negeri
Metra Syahril Mohamed · 22 September 2026 pada 03:02 PTG
Berita berkaitan

TH mulakan kursus asas haji musim 1448H/2027M
Metra Syahril Mohamed · 24 September 2026 pada 12:58 PTG

AGC fail rayuan pembebasan remaja bunuh pelajar perempuan
Metra Syahril Mohamed · 24 September 2026 pada 11:31 PG

Rohingya boleh ambil lesen memandu? JPJ tampil bersuara
Deel Anjer · 24 September 2026 pada 11:29 PG


