Jerebu: Semua institusi pendidikan KPM di Negeri Sembilan ditutup mulai esok
JPNS berkata, institusi pendidikan yang terjejas hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid.


Gambar hiasan
Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan akan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri berkenaan.
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan kenyataan media KPM hari ini selepas mengambil kira bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tiga stesen pemantauan, iaitu Port Dickson, Seremban dan Nilai, setakat jam 5 petang.
JPNS berkata, institusi pendidikan yang terjejas hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid.
Pelaksanaannya mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesiapsiagaan guru.
Dalam pada itu, guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) turut dibenarkan bekerja dari rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan institusi pendidikan berkenaan.
JPNS turut menjunjung kasih atas keprihatinan dan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung keselamatan dan kesihatan murid susulan keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini.
JPNS berkata, pihaknya bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan institusi pendidikan akan terus memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa.
Ibu bapa dan penjaga turut dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap perkembangan semasa serta memberikan kerjasama bagi memastikan keselamatan dan kesihatan anak-anak sepanjang tempoh jerebu.
JPNS menegaskan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga pendidikan sentiasa menjadi keutamaan pihaknya.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


