The Step - Every Story Moves You

JAIS siasat individu Islam didakwa lakukan ritual agama lain

Siasatan dijalankan berdasarkan Seksyen 4 dan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan11 Oktober 2026 pada 11:06 PG1 min bacaanDikemas kini 11 Oktober 2026 pada 11:11 PG
Siasatan dijalankan berdasarkan Seksyen 4 dan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Siasatan dijalankan berdasarkan Seksyen 4 dan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Facebook: Jais & media sosial

JABATAN  Agama Islam Selangor (JAIS) memulakan siasatan terhadap seorang individu beragama Islam yang dipercayai melakukan amalan atau ritual agama bukan Islam yang didakwa menyalahi hukum syarak.

Pengarah JAIS, Datuk Haji Mohd Shahzihan Ahmad berkata, siasatan dijalankan berdasarkan Seksyen 4 dan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Beliau berkata, kedua-dua peruntukan itu melibatkan kesalahan melakukan perbuatan yang menunjukkan pemujaan dengan cara menyalahi hukum syarak serta perbuatan yang menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Bagaimanapun, JAIS setakat ini belum dapat mengesahkan dakwaan bahawa perbuatan berkenaan dilakukan oleh individu terbabit ketika perayaan Thaipusam di Batu Caves, Selangor, seperti yang tular di media sosial.

Malah, pihaknya tidak menolak kemungkinan hantaran berkenaan membabitkan suntingan gambar menggunakan teknik superimpose atau kecerdasan buatan (AI).

Sehubungan itu, JAIS akan meneliti beberapa fakta berkaitan kes berkenaan, termasuk lokasi sebenar kejadian, bagi mengenal pasti bidang kuasa jabatan itu untuk mengambil tindakan lanjut mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.

Menurutnya, JAIS memandang serius sebarang perkara yang menyentuh persoalan akidah umat Islam di Selangor.

Beliau menegaskan setiap maklumat atau aduan akan disiasat dan ditangani secara profesional, tegas, cepat, tepat serta adil.

“JAIS akan terus kekal komited dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang syariah bagi memastikan akidah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di Negeri Selangor terus terpelihara tanpa sebarang penyelewengan, penghinaan dan pertikaian,” katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com