The Step - Every Story Moves You

Gerimis tidak halang rakyat pelbagai kaum iringi pemergian Tun Dr. Siti Hasmah

Suasana hiba di pusara Allahyarhamah memperlihatkan kebersamaan rakyat yang hadir membawa doa

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan3 Oktober 2026 pada 07:44 PG1 min bacaanDikemas kini 3 Oktober 2026 pada 07:47 PG
Gerimis tidak menghalang rakyat berbilang kaum hadir ke pusara Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah

Gerimis tidak menghalang rakyat berbilang kaum hadir ke pusara Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah

Gerimis tidak menghalang rakyat berbilang kaum hadir ke pusara Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali sebagai tanda penghormatan terakhir kepada tokoh yang banyak berjasa kepada negara.

Menerusi perkongsian di TikTok rasmi Kementerian Perpaduan Negara, suasana hiba di pusara Allahyarhamah memperlihatkan kebersamaan rakyat yang hadir membawa doa, kasih sayang dan penghormatan terhadap pemergian insan tersayang.

Walaupun terpaksa meredah gerimis, kehadiran rakyat daripada pelbagai latar belakang mencerminkan semangat perpaduan yang terus subur dalam masyarakat ketika negara kehilangan seorang tokoh yang disayangi.

“Di bawah langit dan gerimis yang sama, kita bersatu mengiringi pemergian insan tersayang dengan doa.

“Biarpun basah kuyup meredah gerimis, setiap yang hadir membawa penghormatan dan cinta yang mendalam buat wira negara,” menurut hantaran berkenaan.

Kementerian Perpaduan Negara turut menyifatkan kebersamaan rakyat dalam suasana dukacita itu sebagai gambaran bahawa perpaduan bukan sekadar diucapkan, sebaliknya dizahirkan melalui kasih dan kebersamaan.

“Perpaduan yang paling utuh bukan sekadar diucapkan, tetapi dibuktikan melalui kasih dan kebersamaan di saat duka.

“Al-Fatihah. Setulus takziah daripada Kementerian Perpaduan Negara,” menurut hantaran itu.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com