The Step - Every Story Moves You

Fadhlina hulur sumbangan kepada dua wartawan kemalangan ketika bertugas

Menurut Fadhlina, kedua-duanya merupakan antara wajah yang cukup dikenalinya setiap kali beliau berkunjung ke kampung angkatnya di Kuak Hulu, Perak.

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan25 Oktober 2026 pada 03:11 PTG1 min bacaanDikemas kini 25 Oktober 2026 pada 03:14 PTG
Menurut Fadhlina, kedua-duanya merupakan antara wajah yang cukup dikenalinya setiap kali beliau berkunjung ke kampung angkatnya di Kuak Hulu, Perak.

Pengamal media, Afiradina Arshad daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Zahratulhayat Md Arif daripada New Straits Times (NST), terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan membuat liputan program di Bagan Datuk, Perak, pagi tadi. Foto: Facebook Fadhlina Sidek

DUA pengamal media, Afiradina Arshad daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Zahratulhayat Md Arif daripada New Straits Times (NST), terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan membuat liputan program di Bagan Datuk, Perak, pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerusi satu kenyataan di Facebook yang turut menyatakan rasa dukacita atas kejadian menimpa kedua-dua wartawan berkenaan.

Menurut Fadhlina, kedua-duanya merupakan antara wajah yang cukup dikenalinya setiap kali beliau berkunjung ke kampung angkatnya di Kuak Hulu, Perak.

“Saya telah meminta pegawai saya menghulurkan sedikit sumbangan bagi membantu urusan kedua-duanya,” katanya.

Beliau turut mendoakan agar segala urusan rawatan Afiradina dan Zahratulhayat dipermudahkan serta kedua-duanya dikurniakan kesembuhan yang baik.

Fadhlina berharap kedua-dua wartawan itu segera pulih dan dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Kejadian berkenaan turut mengundang keprihatinan terhadap keselamatan pengamal media yang menjalankan tugas membuat liputan di lapangan demi menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com