The Step - Every Story Moves You

Dua pelajar perempuan cedera, motosikal bergesel dengan bas Rapid KL di Jalan Ampang

DUA  pelajar perempuan mengalami kecederaan selepas motosikal yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah bas Rapid KL di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan19 Oktober 2026 pada 04:22 PTG1 min bacaanDikemas kini 19 Oktober 2026 pada 04:25 PTG
Dua  pelajar perempuan mengalami kecederaan selepas motosikal yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah bas Rapid KL di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Dua  pelajar perempuan mengalami kecederaan selepas motosikal yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah bas Rapid KL di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pagi tadi. Gambar hiasan: Facebook My Rapid KL

DUA  pelajar perempuan mengalami kecederaan selepas motosikal yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah bas Rapid KL di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 7.23 pagi itu berlaku berhampiran bangunan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ketika bas Rapid KL laluan 300 dari Terminal Maluri ke Lebuh Ampang sedang melalui lorong bas.

Rapid KL menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, siasatan awal mendapati motosikal terbabit dipercayai melanggar bahagian sisi kiri sebuah kenderaan lain sebelum hilang kawalan dan bergesel dengan bas berkenaan.

Susulan kejadian itu, sebuah ambulans dihubungi sebelum kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Sehubungan itu, Rapid KL mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling, mematuhi peraturan lalu lintas serta mengamalkan sikap berhati-hati sepanjang perjalanan.

Pengguna jalan raya turut dinasihatkan supaya mengekalkan jarak selamat antara kenderaan dan mengawal kelajuan bagi mengurangkan risiko kemalangan.

Rapid KL turut menegaskan komitmennya untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com