Curi kabel berhampiran masjid, seorang lelaki ditahan
Satu hantaran video tular di aplikasi TikTok dan disahkan melibatkan kes yang disiasat.

Tangkap layar daripada video yang tular di media sosial mengenai kejadian mencuri kabel. — Media sosial.
POLIS menahan seorang lelaki selepas disyaki melakukan kegiatan mencuri kabel di kawasan berhampiran Masjid Al-Ubudiah dekat Kampung Tasik Tambahan, Ampang, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, ini selepas pihaknya menerima panggila telefon daripada orang awam yang memaklumkan terdapat sekumpulan individu melakukan kegiatan berkenaan.
Jelasnya, susulan daripada maklumat tersebut, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ampang Jaya telah mengarahkan unit kereta peronda (MPV) ke lokasi berkenaan bagi menjalankan tindakan awal.
"Bertindak atas maklumat tersebut, pada pukul 4.18 pagi semalam, sepasukan polis dari Balai Polis Ampang bersama MPV tiba di lokasi dan mendapati sebuah kenderaan pacuan empat roda sedang menarik keluar kabel dari sebuah manhole.
"Kenderaan tersebut telah dipandu oleh seorang lelaki.
"Pasukan serbuan kemudiannya telah membuat tangkapan terhadap lelaki tersebut serta merampas kenderaan dan barang-barang berkaitan untuk siasatan lanjut," jelasnya dalam kenyataan.
Beliau memberitahu, satu hantaran video tular di aplikasi TikTok dan disahkan melibatkan kes yang disiasat.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 379, 431A dan 124K Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tentang Penulis

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.
Dari Penulis

Sebahagian besar aset, akaun bank, hartanah Najib masih tertakluk perintah pembekuan
Metra Syahril Mohamed · 20 September 2026 pada 12:53 PTG

Kakitangan Malaysia Airlines terbaik di Asia, 'top 3' kru kabin terbaik dunia
Metra Syahril Mohamed · 19 September 2026 pada 08:57 PTG

Anthony Loke tawar diri letak jawatan menteri
Metra Syahril Mohamed · 19 September 2026 pada 06:47 PTG

MCMC terima aduan video pementasan sentuh institusi raja, Rukun Negara
Metra Syahril Mohamed · 19 September 2026 pada 05:05 PTG
Berita berkaitan

Status tahanan di rumah terhadap Najib: Jabatan Penjara tunggu arahan rasmi
The Step · 20 September 2026 pada 01:41 PTG

Sebahagian besar aset, akaun bank, hartanah Najib masih tertakluk perintah pembekuan
Metra Syahril Mohamed · 20 September 2026 pada 12:53 PTG

SPRM, media gerak seiring kukuh usaha banteras rasuah
The Step · 19 September 2026 pada 07:56 PTG


