The Step - Every Story Moves You

‘Bukan hanya dengan air mata'... Syed Saddiq kenang jasa dan kehidupan Tun Hasmah

Setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam menghadapi kehilangan insan tersayang dan melalui fasa kesedihan.

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan30 September 2026 pada 02:16 PTG2 min bacaanDikemas kini 30 September 2026 pada 02:21 PTG
setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam menghadapi kehilangan insan tersayang dan melalui fasa kesedihan.

Setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam menghadapi kehilangan insan tersayang dan melalui fasa kesedihan. - Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memilih untuk mengenang pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali bukan sekadar dengan kesedihan, sebaliknya meraikan kehidupan, kasih sayang dan jasa yang ditinggalkan negarawan berkenaan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Syed Saddiq berkata setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam menghadapi kehilangan insan tersayang dan melalui fasa kesedihan.

“Kita semua berduka dengan cara yang berbeza. Kita semua melalui kesedihan dengan cara kita yang tersendiri. Yang paling penting adalah niat.

“Kerana akhirnya, ini bukan tentang kita. Ini tentang kisah cinta luar biasa dua jiwa yang tidak dapat dipisahkan. Dua  insan yang saling melengkapi sepanjang perjalanan hidup,” tulisnya.

Menurut Syed Saddiq, hubungan Tun Hasmah dan suaminya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, merupakan kisah kebersamaan yang berlangsung sepanjang perjalanan hidup mereka.

“Dan mungkin, apabila cinta sahaja tidak lagi cukup untuk menggambarkannya, ia menjadi sesuatu yang lebih mendalam, kebersamaan. Teman hidup. Teman seperjuangan. Teman sampai ke penghujung usia,” katanya.

Dalam hantaran sama, Syed Saddiq turut mengenang Allahyarham sebagai seorang wanita yang sentiasa membuatkan insan di sekelilingnya berasa dihargai, disayangi dan istimewa.

Beliau berkata, kehidupan Tun Hasmah turut diisi dengan khidmat kepada masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang.

“Ini juga kisah seorang wanita yang menghabiskan hidupnya membuatkan orang di sekelilingnya berasa dihargai, disayangi dan istimewa sambil terus berkhidmat kepada mereka yang memerlukan, tanpa mengira siapa mereka,” ujarnya.

Sehubungan itu, Syed Saddiq berkata beliau memilih untuk berduka dengan cara berbeza dengan mengingati Tun Hasmah bukan hanya melalui air mata, tetapi turut meraikan kehidupan dan kasih sayang yang dicurahkan sepanjang hayatnya.

“Saya memilih untuk mengenang Tun bukan hanya dengan air mata, tetapi dengan meraikan kehidupan yang beliau jalani, kasih yang beliau berikan, dan dakwat kekal yang beliau tinggalkan dalam lembaran sejarah Malaysia dan dalam hati kita semua.

“Bersemadilah dengan tenang, Tun. Kisahmu akan terus hidup,” katanya.

Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kira-kira jam 9.20 pagi Isnin.

Jenazah Allahyarhamah kemudian selamat disemadikan di Pusara Negarawan, Presint 20, Putrajaya kira-kira jam 6 petang pada hari yang sama.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com