The Step - Every Story Moves You

Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN berpendapatan bawah RM2,500 boleh tangguh bayaran balik

Dalam perkembangan sama, kerajaan bersetuju memberikan diskaun sebanyak 10 peratus kepada peminjam yang tidak mempunyai tunggakan dan membuat bayaran balik pinjaman secara teratur.

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan9 Oktober 2026 pada 05:30 PTG1 min bacaanDikemas kini 9 Oktober 2026 pada 05:32 PTG
Dalam perkembangan sama, kerajaan bersetuju memberikan diskaun sebanyak 10 peratus kepada peminjam yang tidak mempunyai tunggakan dan membuat bayaran balik pinjaman secara teratur.

Kerajaan juga bersetuju memberikan diskaun sebanyak 10 peratus kepada peminjam yang tidak mempunyai tunggakan dan membuat bayaran balik pinjaman secara teratur.

PEMINJAM Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berpendapatan RM2,500 sebulan dan ke bawah bakal menikmati penangguhan bayaran balik pinjaman bagi tahun 2027.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan turut menetapkan bayaran balik minimum sebanyak RM50 sebulan bagi peminjam yang berpendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000.

Beliau berkata, langkah itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 400,000 peminjam PTPTN, sekali gus membantu meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah.

“PTPTN ialah penyelamat anak bangsa yang bercita-cita melanjutkan pengajian ke menara gading,” katanya ketika membentangkan Belanjawan MADANI Kelima 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam perkembangan sama, kerajaan bersetuju memberikan diskaun sebanyak 10 peratus kepada peminjam yang tidak mempunyai tunggakan dan membuat bayaran balik pinjaman secara teratur.

Selain itu, kerajaan turut menyediakan insentif berbentuk potongan cukai kepada majikan yang membuat bayaran balik pinjaman PTPTN bagi pihak pekerja.

Anwar berkata, galakan berkenaan meliputi bayaran balik pinjaman yang dibuat mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2028.

Inisiatif berkenaan merupakan antara langkah kerajaan membantu peminjam mengurus komitmen kewangan, di samping menggalakkan pembayaran balik pinjaman pendidikan secara konsisten.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com