The Step - Every Story Moves You

Belanjawan 2027: Lesen sampan khas ditambah kepada 20,000, diesel nelayan kekal RM1.65 seliter

Antara inisiatif yang diperkenalkan termasuk pembekalan sistem bioflok bagi penternakan ikan tilapia, manakala Agrobank menyediakan pembiayaan RM40 juta untuk menyokong projek akuakultur

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan9 Oktober 2026 pada 06:02 PTG1 min bacaanDikemas kini 9 Oktober 2026 pada 06:06 PTG
Antara inisiatif yang diperkenalkan termasuk pembekalan sistem bioflok bagi penternakan ikan tilapia, manakala Agrobank menyediakan pembiayaan RM40 juta untuk menyokong projek akuakultur

Antara inisiatif yang diperkenalkan termasuk pembekalan sistem bioflok bagi penternakan ikan tilapia, manakala Agrobank menyediakan pembiayaan RM40 juta untuk menyokong projek akuakultur Facebook: Warga Nelayan Pantai

KERAJAAN bersetuju meningkatkan jumlah pemegang lesen sampan khas daripada 17,000 kepada 20,000 nelayan dengan peruntukan RM30 juta menerusi Belanjawan MADANI 2027.

Langkah itu bertujuan membantu lebih ramai nelayan menjalankan aktiviti perikanan, sekali gus menyokong pendapatan golongan berkenaan ketika berdepan pelbagai cabaran ekonomi dan peningkatan kos operasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan turut menyediakan geran bagi pelaksanaan projek akuakultur sebagai usaha mempelbagaikan sumber pendapatan nelayan.

Antara inisiatif yang diperkenalkan termasuk pembekalan sistem bioflok bagi penternakan ikan tilapia, manakala Agrobank menyediakan pembiayaan RM40 juta untuk menyokong projek akuakultur.

Dalam masa sama, nelayan yang layak akan terus menikmati kemudahan diesel bersubsidi pada harga RM1.65 seliter bagi membantu mengurangkan beban kos bahan api.

Kerajaan turut menyediakan RM178 juta, antaranya bagi penyaluran insentif hasil tangkapan dan Elaun Sara Hidup nelayan sehingga RM300 sebulan.

Pengumuman itu dibuat ketika Anwar membentangkan Belanjawan MADANI Kelima 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Menerusi langkah berkenaan, kerajaan berusaha memperkukuh kebajikan nelayan bukan sahaja melalui bantuan dan subsidi, malah dengan membuka peluang kepada mereka menjana pendapatan tambahan melalui aktiviti akuakultur.

Pendekatan itu juga diharap dapat membantu meningkatkan daya tahan sektor perikanan, di samping memastikan golongan nelayan terus mempunyai sokongan untuk meneruskan mata pencarian mereka.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com