The Step - Every Story Moves You

Belanjawan 2027: Insentif getah naik RM3.30 sekilogram, RM100 juta untuk jalan ladang

Selain membantu pekebun kecil getah, kerajaan turut menggandakan peruntukan bagi membaik pulih jalan ladang kepada RM100 juta berbanding RM50 juta sebelum ini.

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan9 Oktober 2026 pada 06:06 PTG2 min bacaanDikemas kini 9 Oktober 2026 pada 06:10 PTG
Selain membantu pekebun kecil getah, kerajaan turut menggandakan peruntukan bagi membaik pulih jalan ladang kepada RM100 juta berbanding RM50 juta sebelum ini.

Selain membantu pekebun kecil getah, kerajaan turut menggandakan peruntukan bagi membaik pulih jalan ladang kepada RM100 juta berbanding RM50 juta sebelum ini. Facebook: Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil Felda

PEKEBUN kecil getah bakal menikmati peningkatan kadar Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada RM3.30 sekilogram menerusi Belanjawan MADANI 2027, sekali gus memberi sokongan tambahan kepada pendapatan lebih 300,000 pekebun kecil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenaikan itu merupakan kali ketiga kadar insentif berkenaan ditingkatkan, berbanding RM2.50 sekilogram pada 2022 dan RM3 sekilogram ketika ini.

Selain membantu pekebun kecil getah, kerajaan turut menggandakan peruntukan bagi membaik pulih jalan ladang kepada RM100 juta berbanding RM50 juta sebelum ini.

Anwar berkata, pembiayaan hibrid berjumlah RM100 juta turut disediakan bagi membantu penanaman semula sawit milik 4,500 pekebun kecil.

Menerusi kaedah pembiayaan itu, pekebun kecil hanya perlu membayar balik separuh daripada jumlah pembiayaan yang diterima.

Kerajaan turut memperkenalkan pembiayaan mudah berjumlah RM200 juta bagi membiayai kos penanaman semula dengan keluasan sehingga 40 hektar.

Bayaran balik pembiayaan berkenaan ditangguhkan selama empat tahun bagi memberi peluang kepada pekebun menunggu pokok mengeluarkan hasil, manakala mereka hanya menanggung kadar faedah dua peratus dan selebihnya ditanggung kerajaan.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan menyediakan RM30 juta bagi membendung penyakit dan serangan perosak tanaman, termasuk Ganoderma, ulat bungkus dan koya dalam sektor sawit serta penyakit tanaman koko dan lada.

Setakat September lalu, seramai 290,000 pekebun kecil menerima bantuan subsidi RM400 sebulan, meliputi golongan petani, penternak serta pengusaha kecil sawit, getah, koko, lada dan kenaf.

Bagi memperkukuh kedudukan peneroka FELDA pula, kerajaan meluluskan peruntukan RM1.26 bilion untuk 2027 bagi menjamin pengukuhan kewangan FELDA, penyelenggaraan jalan serta perumahan generasi FELDA.

Anwar berkata, kemajuan FELDA turut dapat dilihat menerusi peningkatan purata pendapatan bersih peneroka daripada RM2,272 sebulan pada 2023 kepada RM3,800 tahun ini.

Beliau turut memaklumkan seramai 109,000 peneroka kini memiliki hak milik tanah, manakala penyahsenaraian FGV dijangka memperkukuh kedudukan kewangan FELDA demi menjaga kebajikan peneroka.

Pengumuman itu dibuat ketika pembentangan Belanjawan MADANI Kelima 2027 di Dewan Rakyat, hari ini, dengan tumpuan diberikan kepada usaha meningkatkan pendapatan pekebun kecil, mengurangkan beban kos penanaman semula dan memperkukuh kemudahan infrastruktur pertanian.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com