The Step - Every Story Moves You

Bantuan pesawah RM2.62 bilion, insentif penuaian naik RM100 sehektar

Dalam usaha meringankan beban pesawah, kerajaan turut mengekalkan insentif pembajakan pada kadar RM300 sehektar

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan9 Oktober 2026 pada 05:49 PTG1 min bacaanDikemas kini 9 Oktober 2026 pada 05:52 PTG
Dalam usaha meringankan beban pesawah, kerajaan turut mengekalkan insentif pembajakan pada kadar RM300 sehektar,

Kerajaan menyediakan bantuan berjumlah RM2.62 bilion kepada pesawah bagi menyokong pengeluaran padi negara, termasuk meningkatkan insentif penuaian daripada RM50 kepada RM100 sehektar bagi setiap musim. Facebook: Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia

KERAJAAN menyediakan bantuan berjumlah RM2.62 bilion kepada pesawah bagi menyokong pengeluaran padi negara, termasuk meningkatkan insentif penuaian daripada RM50 kepada RM100 sehektar bagi setiap musim.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bantuan itu membolehkan pesawah menikmati manfaat dianggarkan RM4,300 bagi setiap hektar sawah, merangkumi subsidi benih, baja, racun, upah membajak dan harga padi.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan MADANI Kelima 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam usaha meringankan beban pesawah, kerajaan turut mengekalkan insentif pembajakan pada kadar RM300 sehektar, selain memperluas kemudahan berkenaan kepada pesawah di Sabah dan Sarawak.

Kerajaan juga memperuntukkan RM20 juta bagi membekalkan baja foliar kepada lebih 10,000 hektar tanah sawah bagi memulihkan serta menyuburkan semula tanah untuk meningkatkan produktiviti tanaman padi.

Menurut Anwar, pelaksanaan Projek Tanaman Padi Lima Musim Dalam Dua Tahun turut menjadi antara langkah penting bagi memastikan kelangsungan bekalan beras negara.

Ketika ini, kerja menaik taraf sistem pengairan di 15 blok sawah sedang dilaksanakan mengikut jadual, manakala Projek Pemulihan Empangan Pedu dijangka siap pada penghujung 2027.

Selain bantuan langsung kepada pesawah, kerajaan turut memperkukuh pembangunan sektor agromakanan melalui kerjasama dengan kerajaan negeri menerusi peruntukan RM300 juta.

Antara projek yang menunjukkan perkembangan positif ialah penternakan tilapia merah di Batang Ai, Sarawak, yang menyokong pengeluaran 7.2 juta benih ikan setahun dan memberi manfaat kepada 200 penternak kecil.

Sementara itu, projek pengeluaran susu di Mersing, Johor, disasarkan menyumbang 50 peratus daripada pengeluaran susu di negeri itu menjelang 2030.

Secara keseluruhan, langkah berkenaan bertujuan meningkatkan produktiviti sektor pertanian, memperkukuh pendapatan pengusaha serta mengurangkan risiko gangguan bekalan makanan.

Bagi sektor padi khususnya, peningkatan insentif dan penambahbaikan infrastruktur pengairan dijangka membantu pesawah menghadapi kos pengeluaran, di samping menyokong usaha negara menjamin bekalan beras yang mencukupi.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com