The Step - Every Story Moves You

Bakat MADANI sasar 30,000 peluang pekerjaan baharu pada 2027

Bakat MADANI yang dilancarkan hasil komitmen enam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), PETRONAS dan rangkaian syarikat berkaitan kerajaan (GLC)

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan10 Oktober 2026 pada 07:50 PG2 min bacaanDikemas kini 10 Oktober 2026 pada 07:57 PG
Bakat MADANI yang dilancarkan hasil komitmen enam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), PETRONAS dan rangkaian syarikat berkaitan kerajaan (GLC)

Bakat MADANI yang dilancarkan hasil komitmen enam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), PETRONAS dan rangkaian syarikat berkaitan kerajaan (GLC)

SEBANYAK 30,000 peluang pekerjaan baharu disasarkan untuk diwujudkan menerusi inisiatif Bakat MADANI pada 2027, termasuk melalui penyertaan syarikat swasta.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sasaran itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk memperluas peluang pekerjaan berkualiti kepada golongan muda, selain memperkukuh pembangunan kemahiran tenaga kerja negara.

Menurut beliau, Bakat MADANI yang dilancarkan hasil komitmen enam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), PETRONAS dan rangkaian syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebelum ini menyediakan latihan serta peluang pekerjaan kepada 25,000 anak muda.

Bagi menggalakkan lebih banyak syarikat swasta menyertai inisiatif itu, kerajaan akan memberikan potongan cukai kepada syarikat yang melaksanakan program latihan Bakat MADANI bagi tempoh 29 Jun 2026 hingga 31 Disember 2030.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan MADANI 2027 di Dewan Rakyat, pada Jumaat.

Dalam usaha memperkukuh pembangunan kemahiran, kerajaan menyediakan peruntukan RM8 bilion bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merentas kementerian.

Selain itu, HRD Corp dengan dana RM3 bilion akan menawarkan tiga juta peluang latihan kemahiran, termasuk bagi tujuan pembangunan profesional berterusan dalam kalangan golongan profesional.

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) pula menyediakan RM500 juta bagi membiayai pelatih yang mengikuti program latihan kemahiran di institusi latihan awam dan swasta yang berdaftar dengannya.

Kolej Komuniti turut meneruskan penawaran kursus pendek kepada anak tahfiz bagi membuka laluan ke pekerjaan, keusahawanan dan pengajian tinggi.

Kerajaan juga memberi perhatian kepada pembangunan kemahiran kumpulan sasaran menerusi beberapa program khusus.

Antaranya, anggota Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menamatkan perkhidmatan akan dibekalkan latihan kemahiran melalui kerjasama dengan institusi termasuk Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT) dan Akademi Laut Malaysia.

MARA pula akan melatih serta menempatkan 1,000 belia Bumiputera dalam sektor berpertumbuhan tinggi.

Dalam masa sama, kemahiran pelatih pendawaian elektrik GIATMARA akan dimanfaatkan untuk membaik pulih pendawaian di 20,000 rumah keluarga miskin.

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) turut melatih 10,000 belia dalam bidang teknologi robotik dan digital bagi membuka peluang kerjaya baharu serta mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing.

Sementara itu, ADTEC Jabatan Tenaga Manusia (JTM) menyediakan laluan kerjaya automotif berkemahiran tinggi kepada graduan melalui Program Advanced Automotive Technology.

Bagi memperluas peluang kepada belia India, peruntukan kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) akan ditingkatkan kepada RM150 juta, dengan keutamaan diberikan kepada latihan dan pekerjaan dalam bidang seperti automasi industri, teknologi serta penyelenggaraan pesawat.

Pelbagai inisiatif itu bertujuan memastikan pembangunan kemahiran dapat memenuhi keperluan industri, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran belia dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com