EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Nasional

Asian Tiger? Rasuah, korupsi, politik pecah belah jejaskan Malaysia

"Malaysia telah pun membangun dengan pesat dan sebelum ini diberi pelbagai penghormatan seperti negara Asian Tiger.

Metra Syahril Mohamed16 September 2026 pada 12:07 PTGDikemas kini 16 September 2026 pada 12:11 PTG
Tan Sri Rafidah Aziz

Tan Sri Rafidah Aziz

BEKAS Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz menegaskan gejala-gejala dalaman seperti rasuah, korupsi dan politik berpecah belah dilihat telah menjejaskan Malaysia yang pernah digelar 'Asia Tiger'.

Demikian penegasan beliau dalam ucapan sempena Hari Malaysia yang melihat anak muda perlu dipupuk dengan prinsip-prinsip integriti.

"Malaysia telah pun membangun dengan pesat dan sebelum ini diberi pelbagai penghormatan seperti negara Asian Tiger.

"Tetapi terdapat gejala-gejala dalaman yang menjejaskan negara, seperti rasuah, korupsi berterusan, politik berpecah belah, selain perkara-perkara berkaitan agama, bangsa dan keturunan," katanya.

Beliau berkata, harapan masa depan terletak kepada generasi anak Malaysia yang akan menerajui negara seterusnya.

Mereka katanya, mesti dipupuk dari sekarang dan diasah dengan prinsip-prinsip seperti integriti dan berusaha ke arah kebaikan.

"Ini semua demi bersama meningkatkan keupayaan serta kekuatan rakyat dan negara yang kita cintai ini.

"Selamat menyambut Hari Malaysia, bersatu teguh, bercerai roboh," katanya.

Tentang Penulis

Foto profil Metra Syahril Mohamed
Metra Syahril Mohamed

Penulis

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.

Berita berkaitan