Alat talian atas terputus, operasi ETS dan KTM Komuter terganggu
Gangguan dikesan pada pukul 6.24 pagi di Kilometer (KM) 434.42, sekali gus menjejaskan bekalan kuasa bagi operasi tren


Menurut KTMB, pemeriksaan awal mendapati kejadian itu disyaki berpunca daripada animal bridging, iaitu keadaan apabila haiwan menjadi penghubung antara talian elektrik hidup dengan talian bumi.
Perkhidmatan ETS dan KTM Komuter Laluan Batu Caves-Pulau Sebang mengalami gangguan pagi ini selepas alat talian atas (ATA) 25 kW terputus di antara Stesen Batang Benar dan Stesen Labu.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan memaklumkan gangguan dikesan pada pukul 6.24 pagi di Kilometer (KM) 434.42, sekali gus menjejaskan bekalan kuasa bagi operasi tren di laluan berkenaan.

Menurut KTMB, pemeriksaan awal mendapati kejadian itu disyaki berpunca daripada animal bridging, iaitu keadaan apabila haiwan menjadi penghubung antara talian elektrik hidup dengan talian bumi.
“Dalam keadaan operasi biasa, kedua-dua komponen ini berada pada potensi elektrik yang berbeza dan tidak sepatutnya mempunyai hubungan elektrik secara langsung.
“Apabila haiwan menyentuh kedua-duanya secara serentak, ia boleh mewujudkan laluan arus elektrik yang tidak sepatutnya sekali gus mencetuskan gangguan pada sistem perlindungan dan bekalan elektrik ATA,” katanya.

Susulan kejadian itu, beberapa perkhidmatan tren mengalami kelewatan, manakala sebahagiannya terpaksa ditamatkan lebih awal bagi membolehkan pemeriksaan dan kerja pemulihan dilaksanakan dengan selamat.
Bagi perkhidmatan ETS JB Sentral-KL Sentral, perjalanan akan ditamatkan di Stesen Seremban sebelum penumpang meneruskan perjalanan ke KL Sentral dan stesen perantara menggunakan bas.
Sementara itu, penumpang ETS KL Sentral-JB Sentral akan dibawa dengan bas ke Stesen Seremban sebelum menyambung perjalanan menggunakan perkhidmatan ETS.
KTMB turut menyediakan bas perantara di KL Sentral, Bandar Tasik Selatan dan Kajang bagi membawa penumpang ke Stesen Seremban sebelum meneruskan perjalanan dengan tren.
Bagi KTM Komuter laluan Batu Caves-Pulau Sebang-Batu Caves pula, tren nombor 2008 ditamatkan di Stesen Seremban dan penumpang digalakkan menggunakan pengangkutan alternatif bagi meneruskan perjalanan.
Tren Komuter nombor 2006 pula ditamatkan di Stesen Labu sebelum berpatah balik ke Stesen Seremban.
Dalam perkembangan sama, dua set tren Komuter bagi perkhidmatan nombor 2012 dan 2014 telah digerakkan ke Stesen Kajang dan Bangi untuk mengambil penumpang dari stesen berkenaan serta stesen-stesen di antaranya menuju ke Stesen Batu Caves.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


