68,177 hilang kerja: Pertimbang cadangan akses KWSP secara bersasar
Azmi memberitahu, pihaknya tidak pernah memperjuangkan pengeluaran secara bebas sebaliknya mencadangkan satu mekanisme khusus dipertimbangkan untuk pencarum yang benar-benar berdepan keadaan kritikal seperti kehilangan pekerjaan atau kehilangan pendapatan, dengan syarat dan kawalan yang jelas.

PGIRM mencadangkan kerajaan mempertimbangkan mekanisme akses KWSP bersasar. — PGIRM
KERAJAAN melalui Belanjawan 2027 perlu menilai secara serius mekanisme bantuan kepada rakyat, khususnya mereka yang kehilangan pekerjaan dan berdepan tekanan kewangan.
Demikian ditegaskan Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), Azmi Mohd Tahir yang memandang serius laporan bahawa seramai 68,177 pekerja telah kehilangan pekerjaan bagi tempoh Januari hingga 16 September lalu.
Ia menunjukkan peningkatan 15,196 orang berbanding tempoh sama tahun lalu.
Jelas Azmi, angka tersebut bukan sekadar statistik dengan di sebalik setiap kehilangan pekerjaan, terdapat rakyat yang kehilangan pendapatan dan keluarga yang perlu meneruskan kehidupan serta memenuhi komitmen harian.
"Sehubungan itu, PGIRM meminta kerajaan supaya Belanjawan 2027 memberikan perhatian lebih besar kepada rakyat yang kehilangan pekerjaan dan mengalami tekanan kewangan.
"Ini termasuk mempertimbangkan semula cadangan akses Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar, bersyarat, terhad dan terkawal," jelasnya dalam kenyataan.

Azmi memberitahu, pihaknya tidak pernah memperjuangkan pengeluaran secara bebas sebaliknya mencadangkan satu mekanisme khusus dipertimbangkan untuk pencarum yang benar-benar berdepan keadaan kritikal seperti kehilangan pekerjaan atau kehilangan pendapatan, dengan syarat dan kawalan yang jelas.
Cadangan tersebut katanya, bukan lagi sekadar pandangan di media.
"Policy Paper KWSP Bersasar PGIRM yang diserahkan kepada Pejabat Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri pada 11 September lalu telah dipanjangkan kepada Kementerian Kewangan dan KWSP untuk perhatian serta penilaian lanjut.
"Justeru, PGIRM berharap Belanjawan 2027 menjadi ruang untuk kerajaan menilai secara serius mekanisme bantuan kepada rakyat yang kehilangan pendapatan, termasuk cadangan akses bersasar kepada simpanan KWSP," katanya.
PGIRM katanya, percaya usaha membantu rakyat tidak seharusnya hanya tertumpu kepada mereka yang sudah kehilangan pekerjaan, tetapi turut menyediakan ruang sokongan kepada pencarum yang benar-benar berdepan tekanan kewangan sebelum keadaan menjadi lebih kritikal.
"Rakyat bukan meminta pengeluaran bebas. Rakyat meminta satu mekanisme yang bersasar dan terkawal ketika mereka benar-benar memerlukan ruang untuk bertahan," jelasnya.
Tentang Penulis

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.
Dari Penulis

Pelajar maut di asrama: 'Tiada pihak akan dilindungi'
Metra Syahril Mohamed · 26 September 2026 pada 12:32 PTG

Tiada cadangan tambah kerusi Parlimen di Sarawak - SPR
Metra Syahril Mohamed · 25 September 2026 pada 05:43 PTG

WhatsApp digodam, disekat: Hati-hati pihak tawar khidmat pemulihan akaun
Metra Syahril Mohamed · 25 September 2026 pada 11:17 PG

JKR diarah siasat kemalangan motosikal di 'laluan hijau'
Metra Syahril Mohamed · 24 September 2026 pada 08:48 PTG
Berita berkaitan

'Sekolah tempat anak-anak tuntut ilmu, bukan tempat hidup dalam ketakutan'
The Step · 27 September 2026 pada 10:57 PG

Masalah disiplin: Ibu bapa punca, langsung tak pernah tegur anak-anak sendiri
The Step · 27 September 2026 pada 08:21 PG

Hentikan drama, filem promosi buli - Asyraf Wajdi
The Step · 26 September 2026 pada 09:28 PTG

Prasarana pasang penghadang keselamatan platform di Laluan Kelana Jaya, Ampang/Sri Petaling
The Step · 26 September 2026 pada 04:27 PTG

