652 penjawat awam terima ganjaran RM1.18 juta
Penilaian tahun ini melibatkan 30 kertas siasatan dengan jumlah nilai rasuah yang cuba disogokkan mencecah RM304,621.
.jpeg&w=3840&q=75)
Abd Halim Aman. — SPRM
SEBANYAK RM1.18 juta ganjaran telah diberikan kepada 652 penjawat awam yang tampil melaporkan pemberian atau penerimaan rasuah sepanjang tempoh 2012 hingga 2025.
Ia sebagai pengiktirafan terhadap keberanian mereka dalam membantu membanteras kegiatan rasuah.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 529 individu diperakukan menerima ganjaran berserta sijil, manakala 123 individu menerima sijil penghargaan.
"Pengiktirafan ini bukan sahaja melambangkan penghargaan terhadap integriti penjawat awam, tetapi juga menjadi satu dorongan dan contoh kepada penjawat awam yang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Panel Penilaian Pengiktirafan Kepada Penjawat Awam Yang Melaporkan Pemberian atau Penerimaan Rasuah Siri 15 Bil. 1 Tahun 2026 di Ibu Pejabat SPRM, semalam.
Yang turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya; Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II Jabatan Peguam Negara, Datuk Kamal Baharin Omar; Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Hafaz Nazar; Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Datuk Saiful Hazmi Mohd Saad dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Mohd Shaiful Ibrahim.
.jpeg&w=3840&q=75)
Menurutnya, empat agensi utama yang mencatatkan bilangan penerima pengiktirafan tertinggi sepanjang tempoh berkenaan ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), melibatkan seramai 437 orang selain Jabatan Imigresen sebanyak 64 orang.
Ia katanya, diikuti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) seramai 33 orang serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan 21 orang.
Jelas beliau, bagi siri penilaian 2026 pula, seramai 54 calon penjawat awam daripada empat agensi penguatkuasaan telah dikemukakan oleh pihak sekretariat untuk penilaian, membabitkan PDRM seramai 38 calon, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (12 calon), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tiga calon dan seorang calon Imigresen.
Penilaian tahun ini melibatkan 30 kertas siasatan dengan jumlah nilai rasuah yang cuba disogokkan mencecah RM304,621.
Antara kes berprofil tinggi yang diketengahkan termasuk penolakan tawaran rasuah bernilai RM200,000 oleh seorang pegawai PDRM di Perlis berhubung kes rampasan dadah syabu seberat 1.8 tan, selain kes penolakan suapan RM45,000 di Johor.
Semua calon yang dinilai telah melepasi proses tapisan keutuhan SPRM dan semakan rekod jenayah PDRM bagi memastikan mereka memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
Mengulas mengenai kriteria kelayakan, Abd Halim berkata, penjawat awam yang dicalonkan perlu membuat aduan rasmi mengenai pemberian atau penerimaan rasuah serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pegawai penyiasat SPRM sehingga perbicaraan kes di mahkamah selesai.
Program pengiktirafan ini merupakan kesinambungan daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK) pada 19 Ogos 2010 serta Surat Pekeliling Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 11 Mei 2011.
Tentang Penulis

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.
Dari Penulis

DUN Melaka bubar esok, dapat perkenan Yang di-Pertua Negeri
Metra Syahril Mohamed · 22 September 2026 pada 03:02 PTG

'Dalam penjara ada dadah, ada hierarki, ada kasta': Yasin tarik balik segala dakwaan
Metra Syahril Mohamed · 21 September 2026 pada 10:30 PTG

Curi kabel berhampiran masjid, seorang lelaki ditahan
Metra Syahril Mohamed · 20 September 2026 pada 08:26 PTG

Sebahagian besar aset, akaun bank, hartanah Najib masih tertakluk perintah pembekuan
Metra Syahril Mohamed · 20 September 2026 pada 12:53 PTG
Berita berkaitan

Mak Kepit jaga telur penyu, tidak perlu dipungut
Deel Anjer · 23 September 2026 pada 10:06 PG

“Mana jabatan perikanan, tak pantau ke?” – Netizen
Deel Anjer · 22 September 2026 pada 04:45 PTG

Longkang jadi tempat persembunyian, dua warga asing tetap dicekup
The Step · 22 September 2026 pada 03:51 PTG

Penyu belimbing kembali mendarat, bertelur kali ketiga di Pantai Terengganu
Deel Anjer · 22 September 2026 pada 11:39 PG

