30 notis diabaikan, DBKL tunda 21 kereta buruk di Titiwangsa
Kesemua 21 kenderaan berkenaan dipindahkan ke Setor Kenderaan Depoh Lembah Pantai untuk penyimpanan sementara sebelum proses pelupusan dilakukan mengikut prosedur ditetapkan.


kesemua 21 kenderaan berkenaan dipindahkan ke Setor Kenderaan Depoh Lembah Pantai untuk penyimpanan sementara sebelum proses pelupusan dilakukan mengikut prosedur ditetapkan. DBKL
SEBANYAK 21 kenderaan buruk dan tersadai yang ditinggalkan di kawasan tempat letak kereta awam di Jalan Datuk Haji Eusoff, Titiwangsa, ditunda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi penguatkuasaan khas pada Khamis.
Tindakan itu dilaksanakan dengan kerjasama Car Medic Sdn. Bhd. baru-baru ini selepas pemilik kenderaan terbabit didapati gagal mematuhi 30 notis kompaun dan notis penguatkuasaan yang dikeluarkan sebelum ini.


Menurut kenyataan DBKL menerusi Facebook, kesemua 21 kenderaan berkenaan dipindahkan ke Setor Kenderaan Depoh Lembah Pantai untuk penyimpanan sementara sebelum proses pelupusan dilakukan mengikut prosedur ditetapkan.
Sementara itu, sembilan lagi kenderaan dialihkan sendiri oleh pemilik masing-masing.
Tindakan penguatkuasaan itu dijalankan mengikut Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016 serta Seksyen 46, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
DBKL turut mengingatkan pemilik kenderaan terbiar atau kenderaan lama yang tidak lagi digunakan supaya tidak menjadikan petak parkir awam sebagai tempat penyimpanan kenderaan persendirian atau lokasi membaiki kenderaan.
Menurut DBKL, kemudahan parkir awam perlu digunakan secara bertanggungjawab demi memastikan ruang berkenaan dapat dimanfaatkan oleh semua pengguna.
Dalam pada itu, pemilik yang ingin melupuskan kenderaan buruk dan tersadai secara sah boleh menghubungi Car Medic Sdn. Bhd. untuk menyertai program pelupusan secara sukarela menerusi proses pembatalan pendaftaran menggunakan sistem e-Dereg.
Orang ramai yang ingin menyalurkan aduan atau maklum balas berkaitan perkara itu boleh berbuat demikian menerusi portal aduan DBKL di https://adukl.dbkl.gov.my/.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


