The Step - Every Story Moves You

Zahida Rafik pilih jaga ibu bapa di usia senja, tinggalkan dunia lakonan

"Walaupun ada pembantu rumah, saya tetap mahu menguruskan sendiri keperluan mereka" - Zahida Rafik

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan4 Oktober 2026 pada 07:40 PG1 min bacaanDikemas kini 4 Oktober 2026 pada 07:48 PG
"Walaupun ada pembantu rumah, saya tetap mahu menguruskan sendiri keperluan mereka" - Zahida Rafik

"Walaupun ada pembantu rumah, saya tetap mahu menguruskan sendiri keperluan mereka" - Zahida Rafik

Selepas sekian lama tidak kelihatan di kaca televisyen mahupun layar perak, pelakon Zahida Rafik mengakui kini lebih selesa mengabdikan masa untuk menemani dan menjaga kedua-dua ibu bapanya yang semakin berusia.

Zahida, 51, berkata, keputusan untuk meninggalkan dunia lakonan bukan kerana sudah hilang minat terhadap bidang seni, sebaliknya tuntutan menjaga ibu dan ayah yang masing-masing berusia 80-an dan 90-an membuatkan keutamaan hidupnya berubah.

Katanya, dia masih merindui suasana berada di set penggambaran, namun komitmen terhadap keluarga menyebabkan dia sukar menerima tawaran lakonan yang memerlukan masa panjang.

"Kadang-kadang memang terasa rindu hendak berlakon semula. Tetapi apabila memikirkan jadual penggambaran yang panjang dan kemungkinan terpaksa berjauhan dengan ibu bapa, saya jadi serba salah.

"Sekarang saya lebih banyak luangkan masa bersama mak dan ayah. Walaupun ada pembantu rumah, saya tetap mahu menguruskan sendiri keperluan mereka," katanya kepada The Step.

Bagi Zahida, berada di sisi ibu bapanya ketika mereka semakin memerlukan perhatian adalah tanggungjawab yang tidak mahu dilepaskannya.

Dia juga tidak menolak kemungkinan untuk kembali berlakon sekiranya ada tawaran yang bersesuaian dengan keadaan dan komitmennya ketika ini.

Dalam perkembangan sama, Zahida berkata, penglibatannya dalam industri perfileman juga sudah lama ditinggalkan.

Menurutnya, projek terakhir yang dilakukannya ialah sebuah filem terbitan bersama Malaysia dan Indonesia, selain turut memegang tanggungjawab sebagai penerbit.

"Filem terakhir saya adalah projek kerjasama Malaysia dan Indonesia dan ketika itu saya juga bertindak sebagai penerbit.

"Sudah terlalu lama berlalu sampai tajuk filem itu pun saya sudah lupa," katanya sambil berseloroh.

Nama Zahida pernah menjadi antara wajah yang mencuri perhatian dalam industri hiburan tempatan, khususnya menerusi filem popular seperti Anak Mami The Movie, Mami Jarum dan Bujang Senang.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com