The Step - Every Story Moves You

The Fox King wakili Malaysia ke Anugerah Akademi Ke-99

The Fox King mengisahkan dua beradik kembar, Ali dan Amir yang membesar tanpa ibu mereka

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan29 September 2026 pada 08:03 PTG1 min bacaanDikemas kini 29 September 2026 pada 08:10 PTG
Kisah dua beradik kembar yang membesar tanpa ibu menerusi filem The Fox King (Semusim Lara) bakal membawa nama Malaysia ke pentas Anugerah Akademi

Kisah dua beradik kembar yang membesar tanpa ibu menerusi filem The Fox King (Semusim Lara) bakal membawa nama Malaysia ke pentas Anugerah Akademi

Kisah dua beradik kembar yang membesar tanpa ibu menerusi filem The Fox King (Semusim Lara) bakal membawa nama Malaysia ke pentas Anugerah Akademi apabila karya arahan dan skrip Woo Ming Jin itu dipilih sebagai wakil rasmi negara ke Oscar 2027.

Filem berkenaan dipilih untuk dipertimbangkan dalam kategori Filem Cereka Antarabangsa (International Feature Film) bagi Anugerah Akademi ke-99 yang dijadualkan berlangsung di Dolby Theatre, Hollywood, Amerika Syarikat pada 14 Mac 2027.

Kisah dua beradik kembar yang membesar tanpa ibu menerusi filem The Fox King (Semusim Lara) bakal membawa nama Malaysia ke pentas Anugerah Akademi

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam kenyataan media hari ini memaklumkan pemilihan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Filem FINAS dengan mengambil kira syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Academy of Motion Picture Arts and Sciences (AMPAS).

The Fox King mengisahkan dua beradik kembar, Ali dan Amir yang membesar tanpa ibu mereka sebelum kehadiran Lara, seorang guru Bahasa Inggeris mengubah kehidupan serta hubungan antara mereka.

Filem berkenaan menampilkan Idan Aedan, Hadi Putra dan bintang Indonesia, Dian Sastrowardoyo sebagai pelakon utama.

Terbitan bersama syarikat dari Malaysia dan Indonesia, filem itu turut menerima sokongan Dana Kandungan Kreatif (DKK) di bawah Kementerian Komunikasi melalui FINAS.

Sebelum ini, The Fox King mencipta perhatian di pentas antarabangsa apabila mengadakan tayangan perdana dunia menerusi program Centrepiece di Toronto International Film Festival (TIFF) pada 9 September tahun lalu.

Filem berkenaan kemudiannya menyertai beberapa festival filem antarabangsa sehingga 1 Mei lalu, antaranya Busan International Film Festival, Jakarta Film Week, Taipei Golden Horse Film Festival, Singapore International Film Festival, Beijing International Film Festival, Far East Film Festival di Udine dan San Francisco International Film Festival.

Kementerian Komunikasi dan FINAS turut merakamkan tahniah kepada Woo Ming Jin, barisan pelakon serta seluruh tenaga produksi The Fox King, yang mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 17 September lalu.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com