The Step - Every Story Moves You

Sekufu mentaliti kena sama, satu ‘frekuensi’... ‘Kewangan juga penting’ - Puteri Sarah

Kalau nak mencari pasangan, saya lebih melihat kepada keserasian mentaliti dan frekuensi itu

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan1 Oktober 2026 pada 12:52 PTG2 min bacaanDikemas kini 1 Oktober 2026 pada 12:57 PTG
kalau nak mencari pasangan, saya lebih melihat kepada keserasian mentaliti dan frekuensi itu.

"Kalau nak mencari pasangan, saya lebih melihat kepada keserasian mentaliti dan frekuensi itu." - Puteri Sarah

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 41, menganggap hubungan Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali bersama suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai antara contoh pasangan yang mempunyai keserasian serta berada pada ‘frekuensi’ yang sama.

Menurut Puteri Sarah, soal harta dan kewangan sememangnya penting dalam kehidupan berumah tangga, namun perkara lebih utama baginya ialah mempunyai pasangan yang sehaluan dari segi pemikiran dan cara melihat kehidupan.

“Bukanlah saya nak kata harta atau kewangan itu tak penting. Mestilah penting sebab kita ada bil yang perlu dibayar, kita pun bekerja dan kena ada kehidupan yang stabil.

“Tapi bagi saya, yang paling penting ialah mentaliti dan cara kita melihat kehidupan. Kita kena berada pada frekuensi yang sama atau orang kata, satu frekuensi.

“Sebab itu saya rasa, bukan soal siapa lebih berada atau siapa kurang berada. Yang penting, kita boleh faham satu sama lain, mempunyai pemikiran yang sama dan tahu apa yang kita mahukan dalam kehidupan.

“Apa-apa pun, kewangan tetap kena stabil. Itu penting. Tapi bagi saya, kebahagiaan itu lebih kepada apabila dua orang mempunyai mentaliti dan frekuensi yang sama,” katanya.

kalau nak mencari pasangan, saya lebih melihat kepada keserasian mentaliti dan frekuensi itu.
kalau nak mencari pasangan, saya lebih melihat kepada keserasian mentaliti dan frekuensi itu.

Puteri Sarah berkata demikian ketika ditemui pada majlis tahlil buat Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah yang berlangsung di Musolla Aisya, Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Majlis anjuran Datin Seri Umie Aida dan Erma Fatima itu turut dihadiri rakan-rakan artis serta kenalan Allahyarhamah.

Mengulas lanjut, Puteri Sarah berkata, dia tidak mahu terlalu mengulas mengenai istilah ‘sekufu’ kerana bimbang pandangannya kembali disalahertikan seperti sebelum ini.

“Saya sebenarnya cuma berkongsi pandangan berdasarkan apa yang saya lihat dan pengalaman yang ada.

“Saya tak nak cakap lebih-lebih pasal sekufu sebab nanti orang salah faham.

“Maksud saya, kalau nak mencari pasangan, saya lebih melihat kepada keserasian mentaliti dan frekuensi itu. Orang kata, satu frekuensi.

“Bila dua-dua sehaluan, insya-Allah lebih mudah untuk bina kebahagiaan bersama,” katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah menegaskan setiap individu berhak menetapkan kriteria dan berusaha mencari pasangan yang dirasakan sesuai dengan jiwa masing-masing sebelum membuat keputusan untuk melangkah ke fasa perkahwinan.

“Memang kita tak tahu jodoh atau bakal suami kita macam mana kalau Allah dah bagi. Tapi sebagai manusia, kita juga kena mencari yang sesuai untuk kita.

“Sebab orang selalu kata pasal jodoh. Ya, jodoh. Tapi kita berhak untuk mencari apa yang kita rasa sesuai.

“Bila dah duduk satu meja, dah kenal dan bercakap, kita boleh tahu dia sesuai atau tidak dengan kita,” katanya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com