‘Sayunya hati beberapa hari ni’... Shiha Zikir mohon doa buat ibu sambung rawatan
"Shiha mohon sangat awak yang baca status ni boleh doakan mak saya agar sembuh seperti sediakala."


"Shiha mohon sangat awak yang baca status ni boleh doakan mak saya agar sembuh seperti sediakala."
PENYANYI Shiha Zikir mengakui emosinya agak terganggu sejak beberapa hari kebelakangan ini selepas menerima keputusan kesihatan ibunya daripada pihak hospital.
Dalam hantaran di media sosial, Shiha turut berkongsi kesedihan apabila kucing kesayangannya yang dipelihara selama berbelas tahun pergi buat selama-lamanya.
“Sayunya hati beberapa hari ni. Rasa kosong.
“Result kesihatan mak dah Shiha terima dari hospital, ditambah pula kucing kesayangan yang hidup berbelas tahun dah pergi buat selamanya,” katanya.
Menurut Shiha, ibunya akan meneruskan rawatan, justeru dia berharap orang ramai dapat menitipkan doa agar kesihatan syurganya itu kembali pulih seperti sediakala.
“Esok pagi mak sambung rawatan.
“Shiha mohon sangat awak yang baca status ni boleh doakan mak saya agar sembuh seperti sediakala.
“Tiada yang mustahil kan? Aamiin Ya Allah,” katanya.
Hantaran berkenaan turut mengundang simpati pengikut yang mendoakan agar urusan rawatan ibu Shiha dipermudahkan dan diberikan kesembuhan.
Pada masa sama, kehilangan haiwan kesayangan yang sudah menemani keluarga selama bertahun-tahun pastinya menambahkan lagi rasa sedih yang sedang dilalui penyanyi itu.
Semoga Shiha terus tabah.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


