“Jangan nampak yang indahnya sahaja” – Siti Nurhaliza dedah sisi perjuangan hampir 31 tahun sebagai anak seni
Menurut Siti, dirinya juga seperti orang lain yang perlu bekerja, sentiasa belajar dan memberikan yang terbaik


Siti menyifatkan kekuatan Konsert Tradisional Gema Bumantara terletak pada komitmen seluruh pasukan yang bekerja keras di belakang dan hadapan tabir.
DI sebalik gemerlapan pentas dan sorakan puluhan ribu penonton, perjalanan seorang anak seni tidak selalunya indah seperti yang dilihat.
Itu yang dikongsikan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mengakui hampir 31 tahun berada dalam industri muzik menjadikan kerjaya seni sebagai satu tanggungjawab yang menuntut kekuatan, keyakinan dan kesungguhan.
Menurut Siti, dirinya juga seperti orang lain yang perlu bekerja, sentiasa belajar dan memberikan yang terbaik sebelum memperoleh kepuasan daripada hasil kerja keras.
“Menjadi anak seni, jangan nampak yang indahnya sahaja. Hampir 31 tahun dalam industri muzik, saya seperti orang lain, bekerja.
“Pekerjaan adalah tanggungjawab, sentiasa belajar, membina keyakinan, memberikan apa yang terbaik dan akhir cerita, kita akan mendapat kepuasan daripada kerja keras tersebut,” katanya menerusi perkongsian di media sosial.
Mengakui debaran semakin dirasai, Siti berkata dirinya perlu terus kuat biarpun berdepan pelbagai cabaran termasuk rasa sakit dan keletihan ketika membuat persiapan.
“Berdebar, kena senyum, sakit, perlu kuat, penat, usahakan yang paling termampu, di hadapan puluhan ribu orang nanti. Doakan kami semua,” katanya.
Dalam masa sama, Siti menyifatkan kekuatan Konsert Tradisional Gema Bumantara terletak pada komitmen seluruh pasukan yang bekerja keras di belakang dan hadapan tabir.
Katanya, hanya berbaki 10 hari, pelbagai persiapan sudah dilakukan bagi memastikan konsert berkenaan dapat dipersembahkan sebaik mungkin.
“10 hari lagi, pastinya banyak yang telah seluruh pasukan Gema Bumantara lakukan. Tenaga belakang dan hadapan tabir menjadi berganda.
“Itulah titik kekuatan Gema Bumantara,” katanya.
Siti turut mengajak peminat untuk hadir menyaksikan Konsert Tradisional Gema Bumantara yang bakal berlangsung pada 17 Oktober, jam 8 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Jangan lepaskan peluang, jemput datang ke konsert tradisional Gema Bumantara,” katanya.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


