Emma Maembong, Farihin Arnia ungguli AACA 2026, Viu Malaysia raih lima kemenangan
Emma Maembong meraih Pelakon Wanita Terbaik manakala Farihin Arnia memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik


Emma Maembong meraih Pelakon Wanita Terbaik manakala Farihin Arnia memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
PELAKON Emma Maembong dan Farihin Arnia mencuri perhatian apabila masing-masing dinobatkan sebagai pemenang di peringkat kebangsaan Asian Academy Creative Awards (AACA) 2026, sekali gus menyumbang kepada kejayaan Viu Malaysia yang membawa pulang lima kemenangan.
Emma Maembong meraih Pelakon Wanita Terbaik (Best Actress in a Leading Role) menerusi lakonannya dalam Viu Original Seadanya Kita, manakala Farihin Arnia memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Best Actor in a Supporting Role) menerusi Viu Original Kelas Belakang.
Kejayaan itu turut menyaksikan Seadanya Kita meraih satu lagi pengiktirafan menerusi lagu tema rasminya, “Berakhir Kita”, ciptaan Omar K dan Shazriq Azeman serta dinyanyikan Syamel, yang memenangi kategori Lagu Tema Terbaik (Best Theme Song or Title Theme).
Sementara itu, Kelas Belakang turut mengukuhkan pencapaiannya apabila pengarahnya, Nurhanisham Muhammad, memenangi kategori Pengarahan Terbaik – Skrip (Best Direction – Scripted).
Satu lagi kemenangan buat Viu Malaysia hadir menerusi Viu Micro Drama Cinta Ori, yang diterbitkan bersama Creative Stew dan Mi Sedaap Malaysia, selepas memenangi kategori Drama Mikro Terbaik (Best Micro-Drama).


Menggabungkan elemen lakonan, pengarahan, muzik dan penceritaan format pendek, lima kemenangan berkenaan mencerminkan kepelbagaian bakat kreatif tempatan yang diketengahkan menerusi kandungan Viu Originals.

Lebih membanggakan, kemenangan tersebut membuka laluan kepada Emma, Farihin dan barisan pemenang lain untuk mewakili Malaysia ke AACA Grand Awards di Singapura pada Disember ini.
Pada peringkat berkenaan, para pemenang kebangsaan dari 18 negara dan wilayah Asia-Pasifik akan bersaing dalam kategori masing-masing bagi merebut pengiktirafan di peringkat serantau.


AACA mengumumkan barisan National Winners 2026 pada 30 September lalu, melibatkan 39 kategori yang merangkumi pelbagai bidang dalam industri kreatif dan kandungan.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


