The Step - Every Story Moves You

Dia Perempuan Sialan ‘mengganas’, nombor satu di Viu Malaysia dan Indonesia

Elemen seram, misteri, dendam serta konflik keluarga yang menjadi tunjang cerita

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan2 Oktober 2026 pada 04:34 PTG2 min bacaanDikemas kini 2 Oktober 2026 pada 04:38 PTG
Siri Viu Original terbaharu, The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan), mencuri perhatian penonton apabila mendominasi kedudukan No. 1 di Viu Malaysia dan Viu Indonesia pada minggu pertama tayangan.   Bukan sekadar menguasai carta penstriman, siri 12 episod itu turut mencetuskan fenomena di media sosial apabila meraih lebih 75 juta tontonan sepanjang minggu pertama, berdasarkan data analisis Meta, Hootsuite dan TikTok Analytics.   Elemen seram, misteri, dendam serta konflik keluarga yang menjadi tunjang cerita dilihat antara faktor yang mencetuskan perbualan aktif dalam kalangan penonton.   Antara watak yang paling mencuri perhatian ialah Riska lakonan Caitlin Halderman, yang menyusup masuk ke dalam sebuah keluarga sebagai pembantu rumah dengan niat membalas dendam terhadap apa yang berlaku kepada ibunya, Bulan.   Dalam masa sama, watak Bulan yang dilakonkan Farah Ahmad turut mengundang simpati penonton, manakala lakonan Meerqeen sebagai Syawal menerima pujian, termasuk daripada pengguna media sosial yang menyifatkan persembahannya sebagai “top notch”.   Reaksi penonton di media sosial juga memperlihatkan bagaimana jalan cerita yang sarat dengan unsur mistik dan rahsia keluarga berjaya mencetuskan rasa ingin tahu terhadap perkembangan setiap episod.   Ada penonton yang mengakui terkejut dengan kemunculan Riska dan elemen mistik dalam siri berkenaan, manakala sebahagian lagi tertarik dengan perjalanan watak tersebut yang sanggup menyusup masuk ke rumah keluarga terbabit demi melaksanakan misi dendamnya.   Diterbitkan Rumah Karya Citra berdasarkan idea asal Erma Fatima, The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan) diarahkan Nur Sharif dengan skrip oleh Siti Jasmina.   Selain Caitlin Halderman, Meerqeen dan Hannah Delisha, siri itu turut menampilkan Datin Sri Umie Aida, Nadia Aqilah, Farah Ahmad, Amerul Affendi, Nadya Syahera, Shaharuddin Thamby dan Ismail Yaacob.   The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan) mengisahkan Puan Sri Asyikin (Datin Sri Umie Aida) yang melayan pembantu rumahnya, Bulan (Farah Ahmad), dengan kejam sebelum meninggal dunia secara misteri.   Lapan bulan kemudian, anak perempuan Puan Sri Asyikin, Nerina (Hannah Delisha), dan suaminya, Syawal (Meerqeen), masih menetap di rumah agam keluarga tersebut.   Kehadiran Riska sebagai pembantu rumah baharu bagaimanapun mengubah keadaan apabila wanita itu sebenarnya anak kepada Bulan dan mempunyai misi tersembunyi untuk membalas dendam.   Namun, rancangan Riska mula berdepan sesuatu yang tidak pernah dijangka apabila gangguan mistik mula berlaku di rumah berkenaan.   Episod baharu The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan) ditayangkan setiap Selasa dan Rabu secara eksklusif menerusi aplikasi Viu.

Elemen seram, misteri, dendam serta konflik keluarga menjadi tunjang cerita

Siri Viu Original terbaharu, The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan), mencuri perhatian penonton apabila mendominasi kedudukan No. 1 di Viu Malaysia dan Viu Indonesia pada minggu pertama tayangan.

Bukan sekadar menguasai carta penstriman, siri 12 episod itu turut mencetuskan fenomena di media sosial apabila meraih lebih 75 juta tontonan sepanjang minggu pertama, berdasarkan data analisis Meta, Hootsuite dan TikTok Analytics.

Elemen seram, misteri, dendam serta konflik keluarga yang menjadi tunjang cerita dilihat antara faktor yang mencetuskan perbualan aktif dalam kalangan penonton.

Antara watak yang paling mencuri perhatian ialah Riska lakonan Caitlin Halderman, yang menyusup masuk ke dalam sebuah keluarga sebagai pembantu rumah dengan niat membalas dendam terhadap apa yang berlaku kepada ibunya, Bulan.

Elemen seram, misteri, dendam serta konflik keluarga menjadi tunjang cerita

Dalam masa sama, watak Bulan yang dilakonkan Farah Ahmad turut mengundang simpati penonton, manakala lakonan Meerqeen sebagai Syawal menerima pujian, termasuk daripada pengguna media sosial yang menyifatkan persembahannya sebagai “top notch”.

Reaksi penonton di media sosial juga memperlihatkan bagaimana jalan cerita yang sarat dengan unsur mistik dan rahsia keluarga berjaya mencetuskan rasa ingin tahu terhadap perkembangan setiap episod.

Ada penonton yang mengakui terkejut dengan kemunculan Riska dan elemen mistik dalam siri berkenaan, manakala sebahagian lagi tertarik dengan perjalanan watak tersebut yang sanggup menyusup masuk ke rumah keluarga terbabit demi melaksanakan misi dendamnya.

Diterbitkan Rumah Karya Citra berdasarkan idea asal Erma Fatima, The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan) diarahkan Nur Sharif dengan skrip oleh Siti Jasmina.

Selain Caitlin Halderman, Meerqeen dan Hannah Delisha, siri itu turut menampilkan Datin Sri Umie Aida, Nadia Aqilah, Farah Ahmad, Amerul Affendi, Nadya Syahera, Shaharuddin Thamby dan Ismail Yaacob.

The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan) mengisahkan Puan Sri Asyikin (Datin Sri Umie Aida) yang melayan pembantu rumahnya, Bulan (Farah Ahmad), dengan kejam sebelum meninggal dunia secara misteri.

Lapan bulan kemudian, anak perempuan Puan Sri Asyikin, Nerina (Hannah Delisha), dan suaminya, Syawal (Meerqeen), masih menetap di rumah agam keluarga tersebut.

Kehadiran Riska sebagai pembantu rumah baharu bagaimanapun mengubah keadaan apabila wanita itu sebenarnya anak kepada Bulan dan mempunyai misi tersembunyi untuk membalas dendam.

Namun, rancangan Riska mula berdepan sesuatu yang tidak pernah dijangka apabila gangguan mistik mula berlaku di rumah berkenaan.

Episod baharu The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan) ditayangkan setiap Selasa dan Rabu secara eksklusif menerusi aplikasi Viu.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com