“Budak-budak sekolah menengah pun tergamak membunuh, hilang pedoman” – Alif Satar
“Budak-budak zaman sekarang rasa jadi samseng ni cool kot?” - Alif Satar


Bagi Alif, kehilangan seorang anak dalam keadaan tragis pastinya meninggalkan luka yang amat mendalam buat keluarga dan masyarakat.
“Budak-budak sekolah menengah pun tergamak membunuh sekarang… hilang pedoman.”
Itu luahan penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar yang melahirkan rasa kesal dan kebimbangan susulan tragedi yang meragut nyawa pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16.
Alif menerusi perkongsian di media sosial turut mempersoalkan pemikiran segelintir remaja masa kini yang seolah-olah menganggap tindakan menjadi samseng sebagai sesuatu yang membanggakan.
“Budak-budak zaman sekarang rasa jadi samseng ni cool kot?” katanya.
Tragedi Irene Sofiya mengundang perhatian ramai selepas pelajar berusia 16 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di sebuah dewan sekolah di Yong Peng, Johor, Sabtu lalu.
Irene kemudian disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami, manakala polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun turut direman bagi membantu siasatan, sementara motif kejadian masih dalam siasatan.
Dalam pada itu, Alif turut mengakui sebak melihat temubual bapa Allahyarhamah ketika berada di tempat pengebumian anaknya.
“Sedih aku tengok temubual bapa arwah Irene Sofiya di tempat pengebumian, tak boleh nak bayang perasaan dia waktu ni.
“Semoga Allah permudahkan urusan dia dan aku yakin pembunuh akan mendapat balasan dia dunia dan akhirat,” katanya.
Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Arshad, Batu Pahat, pada Ahad, dengan lebih 100 ahli keluarga, saudara-mara, rakan sekolah, guru dan penduduk setempat hadir memberikan penghormatan terakhir.
Tragedi itu turut mencetuskan persoalan besar mengenai keselamatan pelajar di sekolah serta bagaimana golongan remaja hari ini mengurus emosi, konflik dan perbezaan.
Dalam masa sama, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kerana siasatan masih berjalan.
Bagi Alif, kehilangan seorang anak dalam keadaan tragis pastinya meninggalkan luka yang amat mendalam buat keluarga dan masyarakat.
“Justice for Irene Sofiya,” katanya.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


