The Step - Every Story Moves You

“Bonda Tun bisik pada saya, ini mungkin persembahan terakhirnya bersama saya” – Siti Nurhaliza

“Kerana itulah saya tak dapat menahan air mata dan terus menangis sepanjang latihan bersama arwah" - Siti Nurhaliza

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan29 September 2026 pada 11:22 PG1 min bacaanDikemas kini 29 September 2026 pada 09:12 PTG
“Kerana itulah saya tak dapat menahan air mata dan terus menangis sepanjang latihan bersama arwah,

“Saya dapat rasakan pelukan erat seorang ibu" - Siti Nurhaliza

Bisikan kecil Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika mereka melakukan persembahan bersama sebelum ini kini menjadi kenangan yang amat bermakna buat Biduanita Negara itu.

Siti Nurhaliza berkata, Allahyarham sempat berbisik kepadanya bahawa persembahan berkenaan mungkin menjadi penampilan terakhir mereka bersama.

Perkara itu dikongsikan Siti menerusi Instagram Story selepas pemergian Allahyarhamah yang menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pada pagi Isnin.

“Kenangan bersama Bonda Tun Hasmah takkan hilang dari ingatan saya selamanya. Semasa persembahan ini Bonda Tun bisik pada saya, ini mungkin persembahan terakhirnya bersama saya.

“Kerana itulah saya tak dapat menahan air mata dan terus menangis sepanjang latihan bersama arwah,” tulisnya.

“Saya dapat rasakan pelukan erat seorang ibu,
“Saya dapat rasakan pelukan erat seorang ibu,

Menurut Siti, satu lagi momen yang amat dekat di hatinya ialah ketika Allahyarhamah memeluknya erat, sehingga membuatkan beliau berasa berat untuk melepaskan pelukan tersebut.

“Saya dapat rasakan pelukan erat seorang ibu, saya pun rasa tak nak lepaskan pelukan erat itu,” tulisnya.

Siti turut menitipkan doa buat Allahyarham dan menyifatkan Tun Dr. Siti Hasmah sebagai insan yang akan sentiasa berada dalam ingatannya, seperti kasih serta doanya buat kedua-dua ibu bapanya.

“Bonda Tun akan selalu dalam doa Ct sepertimana doa Ct buat Mak dan Abah Ct,” tambahnya.

Perkongsian tersebut turut disertakan rakaman ketika Allahyarhamah bermain biola bersama Siti, sekali gus mengabadikan satu kenangan istimewa yang kini mempunyai nilai sentimental yang lebih mendalam buat penyanyi itu.

Momen tersebut menjadi antara kenangan terakhir Siti bersama Allahyarhamah, yang bukan sahaja dikenang sebagai tokoh wanita negara, malah sebagai seorang insan yang disifatkan Siti mempunyai tempat istimewa dalam hatinya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com