The Step - Every Story Moves You

10,000 penonton gegarkan Konsert Faizal Tahir, kemunculan M. Nasir jadi kejutan

Antara lagu yang dipersembahkan ialah Coba, Hanyut, Karma, Anti Gravity, Sejati, Santai, Teknologia, Kasih Tercipta, Dirgahayu, Sampai Syurga, Aku Berjanji dan Mahakarya.

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan6 Oktober 2026 pada 10:45 PTG4 min bacaanDikemas kini 6 Oktober 2026 pada 10:55 PTG
Lebih istimewa, konsert itu turut menampilkan kemunculan mengejut legenda muzik tanah air, Datuk M. Nasir yang tidak diumumkan kepada umum sebelum persembahan.

Lebih istimewa, konsert itu turut menampilkan kemunculan mengejut legenda muzik tanah air, Datuk M. Nasir yang tidak diumumkan kepada umum sebelum persembahan.

Hampir 30 lagu yang merentasi lebih dua dekad perjalanan seni Faizal Tahir berjaya menghidupkan suasana Unifi Arena, Bukit Jalil, malam ini dengan kehadiran kira-kira 10,000 penonton.

Konsert Faizal Tahir: Suara Rakyat bukan sekadar menghimpunkan deretan lagu popular penyanyi berkenaan, sebaliknya menjadi pentas yang membawa peminat menyelusuri pelbagai fasa perjalanan seninya sejak awal pembabitan dalam industri muzik tempatan.

Lebih istimewa, konsert itu turut menampilkan kemunculan mengejut legenda muzik tanah air, Datuk M. Nasir yang tidak diumumkan kepada umum sebelum persembahan.
Lebih istimewa, konsert itu turut menampilkan kemunculan mengejut legenda muzik tanah air, Datuk M. Nasir yang tidak diumumkan kepada umum sebelum persembahan.

Lebih istimewa, konsert itu turut menampilkan Mirwana sebagai artis jemputan selain kemunculan mengejut legenda muzik tanah air, Dato’ M. Nasir yang tidak diumumkan kepada umum sebelum persembahan.

Faizal membuka tirai konsert dengan lagu Batu & Golek, sebelum meneruskan persembahan menerusi karya yang cukup sinonim dengan namanya, Gemuruh.

Seawal lagu berkenaan dimainkan, seluruh arena bergema apabila ribuan penonton menyanyi bersama, membuktikan kekuatan lagu itu yang sejak sekian lama dekat dengan mesej motivasi, perjuangan dan semangat kebersamaan.

Lebih istimewa, konsert itu turut menampilkan kemunculan mengejut legenda muzik tanah air, Datuk M. Nasir yang tidak diumumkan kepada umum sebelum persembahan.
Lebih istimewa, konsert itu turut menampilkan kemunculan mengejut legenda muzik tanah air, Datuk M. Nasir yang tidak diumumkan kepada umum sebelum persembahan.

Hampir 30 lagu bawa penonton imbau perjalanan seni

Setlist konsert dirangka bukan sekadar sebagai himpunan lagu popular, sebaliknya menggambarkan evolusi Faizal sebagai penyanyi, penulis lagu dan penghibur.

Antara lagu yang dipersembahkan ialah Coba, Hanyut, Karma, Anti Gravity, Sejati, Santai, Teknologia, Kasih Tercipta, Dirgahayu, Sampai Syurga, Aku Berjanji dan Mahakarya.

Pemilihan karya daripada pelbagai era itu memberi peluang kepada peminat yang mengikuti perjalanan Faizal sejak awal untuk mengimbau kembali kenangan bersama muziknya, selain memperkenalkan karya berkenaan kepada generasi baharu.

Susunan muzik dan produksi pentas turut diberi nafas baharu khusus untuk persembahan berskala arena, sekali gus menawarkan pengalaman berbeza terhadap lagu-lagu yang sudah cukup dikenali peminat.

Mirwana cetus nostalgia

Antara segmen yang mencuri perhatian ialah kemunculan Mirwana sebagai artis jemputan.

Lebih istimewa, konsert itu turut menampilkan kemunculan mengejut legenda muzik tanah air, Datuk M. Nasir yang tidak diumumkan kepada umum sebelum persembahan.

Faizal bersama kumpulan itu mempersembahkan Aku Tanpa Cintamu dan Biar Satu Dunia Tahu, sekali gus mengembalikan nostalgia kepada peminat yang mengikuti perjalanan awal kerjaya penyanyi terbabit.

Pertemuan itu bukan sekadar kolaborasi di atas pentas, malah menjadi reunion istimewa yang menghubungkan kembali satu fasa penting dalam perjalanan muzik Faizal dengan kariernya hari ini.

M. Nasir muncul mengejut

Namun, kejutan terbesar malam itu hadir apabila Datuk M. Nasir tiba-tiba muncul di pentas tanpa sebarang pengumuman awal.

Kehadiran legenda muzik tanah air itu disambut sorakan gemuruh penonton sebelum beliau bergandingan bersama Faizal menerusi lagu Campak Bintang.

Kemunculan itu menjadi antara detik paling istimewa apabila dua generasi pengkarya muzik tempatan dipertemukan dalam satu pentas.

Pada masa sama, kehadiran M. Nasir turut melengkapkan semangat Suara Rakyat yang bukan hanya meraikan perjalanan seni Faizal, tetapi turut menghargai karya dan pengkarya tempatan yang menyumbang kepada perkembangan muzik Malaysia.

10,000 suara bergema untuk Malaysia

Konsert kemudian memasuki segmen yang sarat dengan semangat kebangsaan menerusi persembahan Negaraku / Malaysia.

Faizal sebelum itu menyampaikan mesej khas kepada penonton sebelum membawa mereka bersama-sama dalam segmen yang menggabungkan muzik, visual dan nyanyian ribuan penonton.

Pada ketika itu, konsep Suara Rakyat benar-benar diterjemahkan apabila 10,000 individu daripada pelbagai latar belakang dan generasi berkumpul dalam satu ruang, disatukan melalui muzik dan satu suara.

Mahakarya, Bila Lagi Nak Jumpa tutup konsert

Selepas membawa penonton menyusuri hampir keseluruhan setlist, Faizal kembali ke pentas untuk segmen encore menerusi Mahakarya.

Jika sebahagian besar persembahan dipenuhi tenaga, nostalgia dan semangat kebersamaan, penghujung konsert mengambil pendekatan lebih intim dan sentimental apabila Faizal memilih Bila Lagi Nak Jumpa sebagai lagu penutup.

Faizal bersama barisan pemuziknya kemudian kembali ke pentas untuk final bow sebagai tanda penghargaan kepada 10,000 penonton yang hadir.

Instrumental Gemuruh dimainkan sebagai audio penutup, mengembalikan perjalanan konsert kepada salah satu karya yang cukup penting dalam perjalanan seni Faizal.

Berkongsi mengenai konsert berkenaan, Faizal berkata, Suara Rakyat bukan hanya mengenai dirinya berdiri di atas pentas menyanyikan lagu-lagunya, sebaliknya mengenai karya yang sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan ramai orang.

Katanya, peluang mendengar 10,000 penonton menyanyikan semula lagu-lagunya bersama-sama menjadi antara perkara paling bermakna buat dirinya.

“Suara Rakyat bukan hanya tentang saya berdiri di atas pentas dan menyanyikan lagu-lagu saya. Lagu-lagu ini sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan ramai orang, dan malam ini saya dapat mendengar 10,000 suara menyanyikannya kembali bersama saya.

“Ada yang bersama saya sejak awal, ada yang baru mengenali muzik saya, tetapi malam ini kita semua berkongsi satu suara. Itu yang paling bermakna buat saya,” katanya.

Konsert Faizal Tahir: Suara Rakyat akhirnya menjadi lebih daripada sebuah retrospektif terhadap perjalanan seni penyanyi itu selama lebih dua dekad apabila ia turut mempertemukan peminat daripada pelbagai generasi serta pengkarya muzik tempatan dalam satu pentas.

Pada malam 3 Oktober 2026, perjalanan seni Faizal bukan sekadar diceritakan menerusi persembahan di atas pentas, tetapi turut dinyanyikan semula oleh 10,000 suara yang hadir bersama-sama meraikan muziknya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com