The Step - Every Story Moves You

100 rapper, satu pentas! RAPAT Hip Hop Fest bakal gegarkan Bukit Jalil

Malaysia mempunyai budaya Hip Hop yang amat kukuh, namun sekian lama ia bergerak sendirian di ruang underground

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan30 September 2026 pada 06:42 PTG2 min bacaanDikemas kini 30 September 2026 pada 06:51 PTG
Malaysia mempunyai budaya Hip Hop yang amat kukuh, namun sekian lama ia bergerak sendirian di ruang underground

Malaysia mempunyai budaya Hip Hop yang amat kukuh, namun sekian lama ia bergerak sendirian di ruang underground

Bersedia untuk menyaksikan sejarah baharu arena Hip Hop tempatan apabila 100 rapper dari pelbagai generasi, negeri dan bahasa bakal berkongsi satu pentas di Stadium Nasional, Bukit Jalil menerusi RAPAT Hip Hop Fest pada 24 Oktober depan.

Mengangkat slogan “When Underground Takes The National Stadium”, festival yang dianjurkan CEOMAN Entertainment itu bakal mengubah Stadium Nasional menjadi medan pertemuan terbesar penggiat Hip Hop tempatan, daripada barisan OGs, artis arus perdana, bakat baharu hinggalah komuniti underground.

Malaysia mempunyai budaya Hip Hop yang amat kukuh, namun sekian lama ia bergerak sendirian di ruang underground

Bukan sekadar sebuah konsert, RAPAT Hip Hop Fest menawarkan pengalaman festival selama 12 jam bermula 11 pagi hingga 11 malam dengan lima zon utama yang menggabungkan muzik, budaya jalanan, fesyen, makanan dan aktiviti urban.

Antara kemuncak yang paling dinanti-nantikan ialah The National Cypher, menampilkan 100 rapper tempatan daripada pelbagai latar dan era dalam satu persembahan istimewa.

Malaysia mempunyai budaya Hip Hop yang amat kukuh, namun sekian lama ia bergerak sendirian di ruang underground

Lebih menarik, barisan artis Fasa Pertama turut menampilkan nama besar seperti Bunga, Forceparkbois dan K-Clique, selain persembahan daripada bakat underground, DJ serta breakers tempatan.

Penganjur Acara, Sherman Heng berkata, RAPAT tercetus daripada persoalan sama ada budaya Hip Hop tempatan mampu memenuhi sebuah stadium nasional.

“Malaysia mempunyai budaya Hip Hop yang amat kukuh, namun sekian lama ia bergerak sendirian di ruang underground.

Malaysia mempunyai budaya Hip Hop yang amat kukuh, namun sekian lama ia bergerak sendirian di ruang underground

“Sudah tiba masa untuk kami membawa bakat hebat ini ke stadium terbesar negara dan membuktikan nilai komersial serta potensi sebenar bakat tempatan,” katanya.

Bukan sekadar konsert

RAPAT turut membawa mesej penyatuan apabila generasi perintis dan bakat baharu disatukan melalui muzik serta budaya jalanan tanpa mengira bangsa dan bahasa.

Pengunjung boleh meneroka The Main Stage, The Underground, The Street, The Market dan The Flavour/Rapat Bazaar sepanjang festival berlangsung.

The Underground misalnya bakal menjadi ruang untuk battle, freestyle dan cypher, manakala The Street pula menampilkan aksi breakdance, papan selaju serta sukan jalanan.

Malaysia mempunyai budaya Hip Hop yang amat kukuh, namun sekian lama ia bergerak sendirian di ruang underground

Bagi penggemar gaya hidup urban, The Market pula menghimpunkan jenama streetwear tempatan dan budaya sneakers.

Sementara itu, Rapat Bazaar menawarkan pelbagai pilihan makanan tempatan dan akan berlangsung selama tiga hari, dari 23 hingga 25 Oktober 2026 di Parking C.

Tiket RM99 untuk satu hari penuh

Menerusi tiket RAPAT GENG (General Admission) berharga hanya RM99, pengunjung berpeluang menikmati pengalaman festival berskala stadium sepanjang hari.

Menurut Sherman, harga tersebut ditawarkan bagi memastikan RAPAT dapat dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat.

“Misi kami jelas iaitu menjadikan festival skala stadium ini boleh diakses oleh segenap lapisan masyarakat.

“Pada harga tiket RM99, kami membuka pintu untuk sesiapa sahaja yang mahu merasai tenaga dan kehangatan budaya Hip Hop tempatan secara langsung,” katanya.

Tiket rasmi boleh didapati menerusi maiseat.com dan ticket2u.com.

Dengan gabungan 100 rapper, barisan artis popular, persembahan underground serta pelbagai aktiviti budaya jalanan, RAPAT Hip Hop Fest bakal menjadi satu pertemuan besar komuniti Hip Hop Malaysia yang menghimpunkan muzik, identiti dan semangat penyatuan dalam satu pentas.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com