The Step - Every Story Moves You

Video pergaduhan tular, 13 pelajar sekolah ditahan polis di Tawau

Video berdurasi kira-kira 32 saat itu memaparkan sekumpulan remaja bertolak-tolakan sebelum berlaku pergelutan

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan8 Oktober 2026 pada 07:00 PTG1 min bacaanDikemas kini 9 Oktober 2026 pada 10:29 PG
Video berdurasi kira-kira 32 saat itu memaparkan sekumpulan remaja bertolak-tolakan sebelum berlaku pergelutan

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh berkata, 13 daripada mereka yang merupakan pelajar telah dibebaskan dengan jaminan polis

Polis menahan 14 individu berusia antara 12 hingga 14 tahun bagi membantu siasatan pergaduhan membabitkan sekumpulan remaja di Taman Permainan Taman Ambar, Jalan Kuhara, Tawau, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh berkata, 13 daripada mereka yang merupakan pelajar telah dibebaskan dengan jaminan polis, manakala seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri disahkan bukan pelajar sekolah.

Menurutnya, polis mengenal pasti individu terbabit menerusi rakaman video kejadian yang tular di media sosial.

"Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara dua pelajar sebelum pergaduhan itu membabitkan beberapa individu lain," katanya dalam kenyataan hari ini.

Polis turut merampas telefon pintar dan basikal yang dipercayai berkaitan kes berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, manakala remaja yang tidak memiliki dokumen sah turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk merakam percakapan saksi dan individu terbabit serta mendapatkan laporan perubatan mangsa.

Video berdurasi kira-kira 32 saat itu memaparkan sekumpulan remaja bertolak-tolakan sebelum berlaku pergelutan, termasuk seorang individu yang dilihat terjatuh dan dikelilingi beberapa remaja.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 191 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com