The Step - Every Story Moves You

Tiada sebarang persetujuan, komitmen beri sokongan pembiayaan kepada AirAsia

Pihak AirAsia telah mengaitkan kerugian tersebut terutamanya dengan kenaikan mendadak harga bahan api jet berikutan perkembangan konflik di Asia Barat.

TS
Oleh The StepPengarang Berita20 Oktober 2026 pada 08:10 PG2 min bacaanDikemas kini 20 Oktober 2026 pada 10:34 PG
AirAsia Berhad mencatatkan kira-kira 41 peratus daripada 104.5 juta pergerakan penumpang di lapangan terbang yang dikendalikan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), dan hampir 60 peratus daripada pergerakan penumpang domestik.

AirAsia Berhad mencatatkan kira-kira 41 peratus daripada 104.5 juta pergerakan penumpang di lapangan terbang yang dikendalikan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), dan hampir 60 peratus daripada pergerakan penumpang domestik. AirAsia.

KERAJAAN tidak membuat sebarang persetujuan atau komitmen untuk memberikan sokongan pembiayaan kepada AirAsia setakat ini, sama ada dalam bentuk jaminan, pinjaman atau suntikan dana awam.

Perkara itu dinyatakan Kementerian Kewangan (MoF) yang mengambil maklum isu dibangkitkan berhubung AirAsia, termasuk kerugian dilaporkan dalam keputusan kewangan suku tahunan terkininya.

Menurut MoF, sebarang permohonan sokongan kerajaan, daripada mana-mana syarikat dalam apa jua sektor, dipertimbangkan berdasarkan kepentingan negara dan rakyat.

Ini jelasnya, termasuk kemampanan fiskal kerajaan serta perlindungan dana awam, selaras dengan undang-undang dan prosedur yang berkuat kuasa.

"Kerajaan tidak akan mengulas sebarang spekulasi atau angka yang dilaporkan oleh media, agar tidak menjejaskan pasaran serta kepentingan pekerja, pelanggan dan pihak berkepentingan lain bagi syarikat-syarikat berkenaan.

"Kerajaan akan terus memantau perkembangan ini dengan teliti, dengan mengutamakan kepentingan rakyat," jelasnya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

MoF menjawab soalan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) sama ada kerajaan sedang mempertimbangkan sebarang jaminan, pinjaman atau suntikan dana awam kepada Kumpulan AirAsia serta jumlah dan bentuk jaminan, pinjaman atau suntikan dana awam bagi syarikat penerbangan swasta tersebut.

MoF memberitahu, pihak AirAsia telah mengaitkan kerugian tersebut terutamanya dengan kenaikan mendadak harga bahan api jet berikutan perkembangan konflik di Asia Barat.

Jelasnya, sebagai sebahagian daripada pemantauan ini, kerajaan mengadakan libat urus secara berkala dengan pemain-pemain dalam ekosistem penerbangan, serta mendapatkan pandangan daripada industri, pakar teknikal dan pihak-pihak lain, sebagaimana yang turut dilaksanakan bagi sektor-sektor ekonomi lain yang terkesan akibat krisis Asia Barat.

"Kerajaan sentiasa memantau perkembangan ekosistem penerbangan negara, termasuk kesan krisis Asia Barat, harga bahan api global dan pergerakan mata wang terhadap syarikat penerbangan serta ketersambungan udara bagi rakyat.

"AirAsia merupakan sebahagian penting daripada ekosistem ini. Pada tahun lalu, AirAsia Berhad mencatatkan kira-kira 41 peratus daripada 104.5 juta pergerakan penumpang di lapangan terbang yang dikendalikan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), dan hampir 60 peratus daripada pergerakan penumpang domestik.

"Sebahagian besar ketersambungan udara di Sabah dan Sarawak bergantung kepada penerbangan AirAsia. AirAsia Berhad membawa masing-masing 62% dan 70% daripada jumlah penumpang pada tahun 2025 (kecuali STOLports)," katanya.

Tambah MoF, lapangan terbang dengan bahagian penumpang AirAsia tertinggi di kedua-dua negeri tersebut ialah Sibu (79%), Bintulu (77%), Sandakan (75%), Kuching (72%), Tawau (70%), Miri (63%) dan Kota Kinabalu (62%).

Di Semenanjung katanya, antara negeri-negeri dengan peratusan penumpang AirAsia yang tinggi termasuk Johor (70%), Terengganu (56%), Kedah (56% di Langkawi dan 49% di Alor Setar) dan Kelantan (46%); di KLIA2, AirAsia Berhad membawa tiga perempat daripada jumlah penumpang.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

Majlis Pelancaran Halal Kopi Hut  dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan
Bisnes

Kopi Hut ambil masa setahun peroleh sijil halal JAKIM

Oleh Deel Anjer26 Oktober 2026 pada 01:53 PTG
TuJu, aplikasi navigasi dibangunkan menerusi kerjasama antara Lembaga Lebuhraya Malaysia LLM dan Prosignal Consortium Sdn. Bhd.
Bisnes

Gangguan fungsi navigasi: TuJu mohon maaf kepada pengguna

Oleh The Step23 Oktober 2026 pada 09:13 PTG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com