Gangguan fungsi navigasi: TuJu mohon maaf kepada pengguna
TuJu berterima kasih atas kesabaran serta sokongan dan dukungan para pengguna.

TuJu, aplikasi navigasi dibangunkan menerusi kerjasama antara Lembaga Lebuhraya Malaysia LLM dan Prosignal Consortium Sdn. Bhd.
PIHAK pengurusan TuJu, aplikasi navigasi dibangunkan menerusi kerjasama antara Lembaga Lebuhraya Malaysia LLM dan Prosignal Consortium Sdn. Bhd., memohon maaf kepada pengguna yang mengalami gangguan pada fungsi navigasi sejak beberapa hari lalu.
Menurut pengurusan TuJu, pihaknya mengambil serius kesulitan yang dialami serta menghargai pandangan dan teguran pengguna terhadap perkhidmatan aplikasi itu.
"Pasukan teknikal kami sedang melaksanakan kerja pemulihan dan penambahbaikan yang disasarkan selesai selewat-lewatnya pada 6 November 2026.
"Keutamaan kami adalah memastikan fungsi navigasi kembali beroperasi dengan stabil dan lancar serta memenuhi keperluan perjalanan pengguna," jelasnya dalam kenyataan.
TuJu memberitahu, pihaknya akan memaklumkan perkembangan kerja pemulihan melalui saluran rasmi TuJu.
Ketika ini jelasnya, fungsi lain dalam aplikasi kekal boleh digunakan seperti biasa.
"TuJu berterima kasih atas kesabaran serta sokongan dan dukungan para pengguna.
"Setiap laporan dan maklum balas membantu kami mengenal pasti masalah serta melaksanakan penambahbaikan yang diperlukan.
"Kami akan terus berusaha memenuhi harapan pengguna agar TuJu menjadi antara aplikasi navigasi terbaik yang mengutamakan keselamatan data rakyat Malaysia," katanya.
Berita berkaitan

Kopi Hut ambil masa setahun peroleh sijil halal JAKIM

Komitmen kewangan: Fahami kos, risiko dan bandingkan pilihan
Oleh The Step26 Oktober 2026 pada 10:03 PG
Kerugian terkumpul UJSB RM12.3 bilion pada akhir tahun lalu
Oleh The Step23 Oktober 2026 pada 08:22 PG

